Kesan perubahan dasar kerajaan terhadap industri percetakan melayu: satu anaisis kandungan
List of Authors
  • Hamedi Mohd Adnan

Keyword
  • Jabatan percetakan negara, dawama, percetakan nasional malaysia berhad, pengkorporatan, penswastaan, pencetak melayu

Abstract
  • Pencetak-pencetak Melayu adalah satu-satunya kaum yang diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan segala urusan perolehan percetakan kerajaan. Keistimewaan yang diberikan ini membolehkan kaum ini Berjaya dalam perniagaan percetakan. Melalui satu gabungan iaitu Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM) telah meletakkan nama kaum Melayu terus unggul. Sejak sekian lama berkecimpung dalam urusan perolehan percetakan kerajaan, pencetak-pencetak Melayu mula dihimpit dengan masalah yang tidak pernah difikirkan akan berlaku. Pelaksanaan keputusan kerajaan untuk mengkorporat dan menswastakan beberapa agensi yang suatu ketika dulu menjadi tempat untuk pencetak Melayu memperolehi rezeki telah menjatuhkan ekonomi mereka. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji dokumen-dokumen PPPMM yang bertindak sebagai wakil dan tulang belakang industri percetakan Melayu. Dokumen-dokumen yang dikaji ialah siri-siri memorandum dan surat terbitan PPPMM kepada pemimpin dan pentadbir tertinggi kerajaan bagi menyuarakan kebimbangan yang dihadapi oleh pencetak Melayu. Analisis kandungan diguna sebagai kaedah penyelidikan dalam kajian ini. Hasil analisa bahan-bahan ini akan dijadikan dapatan kajian dan dinyatakan dalam bentuk perbincangan. Melalui kajian ini pengkaji dapat menilai sejauh mana kesan yang diterima oleh pencetak Melayu kesan dari perubahan dasar kerajaan ini. Dengan terhasilnya kajian ini diharap para pemimpin dan pentadbir kerajaan dapat menangani isu yang telah lama berlarutan ini.

Reference
  • 1. Abdullah Abdul Rahman (1991). Konsep Pensyarikatan Malaysia: Strategi Penting Dalam Mencapai Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Unit Penyelidikan Sosioekonomi.
    2. Ahmat Adam dan Saidaul Nornis Hj Mahali (2001). Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah; Prosiding Seminar Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah. Kota Kinabalu: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
    3. Barlow, Colin (ed.) (2001). Modern Malaysia in the Global Economy, Cheltenhem: Edward Elgar
    4. Bruno, Michael H. (Ed.) (1995). Pocket Pal: A Graphic Arts Production Handbook (16th ed.). Memphis: International Paper
    5. Cohen, L., & Manoin, L. (1989). Research Methods in Education (3rd ed.). London: Routledge
    6. Creswell, J.W. (2007). Qualitative Inquiry and Research Design: Choosing Among Five Approaches (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Sage.
    7. Denzin, N.K. (1978). The Research Act: A Theoretical Introduction to sociological Methods. Second Edition. New York: McGraw-Hill Book Company.
    8. Fester, J.W. (1980). Public Administration: Theory and Practice. New Jersey: Prentice Hall.
    9. Frank J. Romano (2003). An Investigation into Printing Industry Demographics. A Research Monograph of the Printing Industry Center, RIT. No. PICRM-2010- 04.
    10. Frank J. Romano (2004). An Investigation Into Printing Industry Trend. A Research Monograph of the Printing Industry Center, RIT. No. PICRM-2004-05.
    11. Ismail Salleh (1987). Penswastaan, Kebebasan Dan Pembangunan: Perspektif & Prospek. Kertas Kerja Seminar Penswastaan Di Malaysia. Kuala Lumpur (Tidak Diterbitkan).
    12. Ismail Yusof (1993). Dasar-dasar Kerajaan Malaysia: Tinjauan Menyeluruh. A.S. Noodeen, Kuala Lumpur.
    13. Malaysia Printing & Supporting Industries Directory 2008.
    14. Malaysia Technology Research Development, Knowledge and Facilities Directory 2004/2005, Pusat Inovasi Sains dan Teknologi Malaysia.
    15. Marshall, Catherine dan Rossman, Gretchen B. (1989). Designing Qualitative Research. Newbury Park: Sage Publications.
    16. Merriam, S.B. (1988). Case Study Research in Education: A Qualitative Approach. San Francisco: Jossey-Bass.
    17. Merriam, S.B. (1998). Qualitative Research and Case Studies Applications in Education. 2nd Edition. San Francisco: Jossey-Bass Publications.
    18. Neuman, W.L. (1997). Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches. Edisi ke-3. Boston: Allyn and Bacon.
    19. Okposin, S.B. (2003). Perubahan Fasa Ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.
    20. Othman Lebar (2009). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia.
    21. Profil Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (2002/2004).
    22. Profil Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (2004/2006).
    23. Profil Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (2006/2008).
    24. Syed Arabi Idid (1992). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
    25. Wartick, Steven L., (1992). The Relationship Between Intense Media Exposure and Change in Corporate Reputation. Business & Society. Vol. 31. 33-40.
    26. William Case, (2004). Malaysia New Reforms, Old Continuities, Tense Ambiguities. In Kevin Hewison and Richard Robson, eds. East Asia and the Trials of NeoLiberalism. London Routledge.
    27. Yusof, Zainal Aznam dan B.Deepak, (2008). Economic Growth and Development In Malaysia: Policy Making and Leadership. Washingtong: World Bank.