Pelaksanaan Pendekatan Bertema Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
List of Authors
  • Muna Ruzanna Wan Mohammad, Umabarathi Moorthy

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pendekatan bertema merujuk kepada satu amalan pengajaran dan pembelajaran yang ada kesepaduan ilmu dan pembelajaran mendalam yang menjurus kepada pembelajaran bermakna dan menyeronokkan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengetahuan pengajaran pendekatan bertema serta meneroka amalan pengajaran guru dalam mengaplikasikan pendekatan bertema dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan reka bentuk kualitatif. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang terletak di daerah Bagan Datuk, Perak dengan dua orang guru Bahasa Melayu dijadikan peserta kajian. Instrumen temu bual separa struktur digunakan dan di transkrip untuk dianalisis bagi mendapatkan tema kajian. Analisis kajian menunjukkan terdapat satu tema utama yang diperoleh adalah konsep dengan tiga sub tema, iaitu kaedah, strategi dan langkah dan ini menunjukkan guru mempunyai pengetahuan yang mendalam. Manakala bagi pengaplikasian terdapat tiga tema iaitu, kandungan, proses dan pentaksiran dalam pengajaran Bahasa Melayu. Ini membuktikan bahawa peserta kajian telah mengikuti enam langkah pelaksanaan seperti yang disarankan dalam Buku Panduan Pendekatan Bertema dengan sepenuhnya untuk merancang dan mengaplikasikan pendekatan bertema dalam pengajaran Bahasa Melayu. Jelasnya amalan pengajaran peserta kajian merangkumi perancangan yang sistematik dan pelaksanaan pengajaran mengikut abad ke-21. Justeru, pelaksanaan pendekatan bertema dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pendekatan ini perlu diimplementasikan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di semua sekolah.

     

    Kata kunci: pendekatan bertema, amalan pengajaran, pengajaran dan pembelajaran, bahasa Melayu


Reference
  • No Data Recorded