Sikap, Minat dan Pencapaian Kendiri Murid dalam Pembelajaran Matematik Pengguna: Satu Kajian Kuantitatif di Sekolah Menengah
List of Authors
Norliza Mad Hasim, Roslinda Rosli
Keyword
Matematik Pengguna, Sikap, Minat, Pencapaian, Cabaran, Persampelan Bertujuan
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap cabaran dan impak topik Matematik Pengguna terhadap sikap, minat dan pencapaian kendiri murid Tingkatan Tiga di lima buah sekolah menengah harian di Daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan persampelan bertujuan, melibatkan 150 orang murid sebagai responden. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik berstruktur yang mengukur sikap, minat, pencapaian kendiri dan cabaran murid terhadap topik Matematik Pengguna. Analisis data dijalankan menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi (korelasi Pearson dan Regresi Berganda) melalui SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid mempunyai sikap sederhana tinggi terhadap Matematik Pengguna, manakala minat berada pada tahap sederhana. Tahap pencapaian kendiri murid adalah sederhana tinggi, tetapi mereka menghadapi cabaran yang tinggi dalam pembelajaran topik ini. Analisis korelasi Pearson dan Regresi Berganda menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara sikap, minat dan pencapaian murid. Kajian ini memberi implikasi bahawa peningkatan pencapaian murid bukan sahaja memerlukan pengukuhan aspek kognitif, tetapi juga pengembangan sikap dan minat melalui strategi pengajaran kontekstual, interaktif dan berasaskan masalah. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada guru dan pihak sekolah dalam merancang pendekatan pengajaran Matematik Pengguna yang lebih berkesan.