Pendedahan aktiviti keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah pada masa kini adalah tidak asing lagi. Namun, sejauh manakah tahap pengetahuan asas keusahawanan terhadap keinginan memilih kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang berterasakan aliran agama. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan asas keusahawanan dalam kalangan pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) di daerah Seremban Negeri Sembilan. Data diperoleh melalui soal selidik yang diedarkan kepada pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Seramai 120 orang pelajar tingkatan lima yang mengambil aliran agama dan mata pelajaran perniagaan. Soal selidik mempunyai lima konstruk pengetahuan asas keusahawanan yang merangkumi ciri-ciri usahawan, kreativiti dan inovasi, pemasaran, pengurusan kewangan dan rancangan perniagaan. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial. Analisis data yang diperoleh menunjukkan tahap pengetahuan asas pelajar terhadap kelima-lima konstruk kajian berada pada tahap yang tinggi, manakala tahap keinginan memilih kerjaya keusahawanan pula adalah sederhana tinggi. Ini menunjukkan bahawa pendedahan ilmu keusahawanan kepada pelajar sama ada dalam bentuk kurikulumdan kokurikulum disambut baik oleh pelajar. Amnya, hasil kajian ini dapat memberi manafaat dan panduan kepada pemegang taruh tentang kepentingan pengetahuan asas keusahawanan dalam kalangan generasi kini sama ada pengetahuan tersebut diperoleh secara formal atau tidak formal. Pelaksaan program atau aktiviti keusahawanan terbukti perlu dilaksanakan sebagai pendedahan awal kepada pelajar sekolah tentang kerjaya keusahawanan.