Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital Dalam Pengajaran Matematik: Sebuah Tinjauan Literatur
List of Authors
  • Daiana Shamini Thomas

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pengintegrasian kaedah pembelajaran berasaskan permainan digital mampu meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep matematik serta merangsang murid untuk lebih bermotivasi bagi melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran matematik. Kertas ini membincangkan literatur berkaitan dengan konsep asas pembelajaran berasaskan permainan digital, penerapan kaedah pembelajaran berasaskan permainan digital dalam pengajaran matematik, peranan pembelajaran berasaskan permainan digital dalam meningkatkan tahap motivasi pelajar untuk mempelajari matematik dan cabaran yang dihadapi dalam pengaplikasian pembelajaran berasaskan permainan digital dalam pendidikan matematik. Maka, implikasi dan perbincangan tentang pembelajaran berasaskan permainan digital dalam pengajaran matematik dikemukakan.


Reference
  • No Data Recorded