Ciri aliran tematik karangan ekpositori bahasa sepanyol sebagai bahasa asing
List of Authors
  • Azlina Mohd Sera’ai , Maserah Shabudin

Keyword
  • Aliran tematik, menulis, ekspositori, tema dan rema, bahasa Sepanyol

Abstract
  • Dalam pembelajaran bahasa asing, menulis adalah satu alat penting kerana ia bertujuan untuk memperoleh maklumat dan kemahiran yang baharu. Bagi menghasilkan sebuah penulisan yang bermaklumat dan berkesinambungan adalah amat perlu seorang pelajar mengetahui hubungan atau interaksi di antara klausa berdasarkan informasi yang terkandung di dalam Tema dan Rema di dalam teks. Kebanyakan kajian penulisan bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing tertumpu kepada kajian linguistik, pembelajaran dan pengajaran dan eksperimental benar. Namun, kajian linguistik yang memfokuskan aliran tematik penulisan bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing masih belum memadai. Maka, makalah ini meneroka bagaimana pelajar tersebut memanfaatkan aliran tematik bagi merealisasikan aliran idea penulisan karangan ekspositori. Kajian ini menggunakan 20 buah teks karangan ekspositori yang dihasilkan oleh 20 orang pelajar tahap lanjutan subjek bahasa Sepanyol di Pusat Bahasa, Universiti Utara Malaysia. Pergerakan aliran maklumat dalam setiap perenggan dianalisis dengan menggunakan aliran tematik McCabe (1999) dan Fries (1983) yang berpandangan karangan ekspositori berkolerasi dengan aliran Tema Linear. Dari hasil kajian memaparkan bahawa pelajar lebih gemar dan amat ketara mengamalkan aliran Tema Rencam iaitu sebanyak 76% berbanding aliran Tema yang lain iaitu aliran Tema Linear dan Tema Kekal (8%), aliran Tema Berlainan (6%) dan aliran Rema Ulangan (3%). Aliran Pemisahan Tema dan aliran Pemisahan Rema pula tidak dipraktikkan langsung oleh mereka. Pengenalpastian dan penjelasan pemanfaatan aliran tematik pelajar ini berpotensi merungkai kekuatan dan kekurangan yang wujud dalam karangan yang dihasilkan oleh pelajar yang mempelajari bahasa asing. Oleh yang demikian, tindakan atau teknik boleh dilaksanakan oleh pengajar bagi memastikan mutu penulisan karangan pelajar adalah berkesinambungan dan bermaklumat.

Reference
  • 1. Alderson, J. C., & Bachman, L. (2002). Assessing Writing. J. C. Alderson & L. Bachman, (Eds.). Cambridge University Press.
    2. Almaden, D. O. (2006). An Analysis Of The Topical Structure Of Paragraphs Written By Filipino Students. The Asia-Pacific Education Research, 15(1), 127–153.
    3. Alonso, B.I. (2002). El análisis del discurso en acción: el papel de las nociones de Tema y Rema en la enseñanza de lenguas extranjeras". In Miquel, L. and Sans, N. (Eds.) Didáctica del Español como Lengua Extranjera, Colección Expolingua, nº 5. Madrid: Fundación Actilibre, pp. 9-23.
    4. Alonso, B. I. (1997). Un estudio de la progresion tematica en las composiciones escritas de los alumnos de E/LE. In F. F. Moreno, B. M. Gil, & K. Alonso (Eds.), ASELE. Actas del VIII Congreso Internacional de ASELE. El Español como Lengua Extranjera: del Pasado al Futuro. (pp. 105–113). Alcala de Henares (Madrid): Universidad de Alcalá.
    5. Arias, M. G. (2011). Análisis de errores y sus implicaciones didáctica: las dificultades de aprendizaje presentes en la interlengua de estudiante portugueses de ELE (B1). Tesis Doctoral. Facultad de Filología, Departamento de Lengua Española, Universidad de Salamanca.
    6. Asri Nur Rakhman. (2013). An Analysis of Thematic Progression in High School Students’ Exposition Texts. Passage, 1(1), 65–74.
    7. Atienza, C. E., & López, F. C. (1994). La progresión temática en el discurso académico. In J. Llisterri & D. Poch (Eds.), Actas del XII Congreso Nacional de la Asociación Española de Linguística Aplicada AESLA. Nuevos Horizontes de la Linguística Aplicada. (pp. 33–40). Barcelona: Universitat Autonoma de Barcelona.
    8. Bamberg, B. (1983). What Makes a Text Coherent? College Composition and Communication, 34(4): 417–429.
    9. Brown, H. D. (2001). Teaching by principles: An interactive approach to language pedagogy. (Second edition). New York: Longman.
    10. Casteele, A. Vande, & Collewaert, K. (2013). The Use of Discourse Markers in Spanish Language Learners’ Written Compositions. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 95: 550–556. Common European Framework of Reference for Languages: Learning, Teaching, Assessment (CEFR). (2001).
    11. Cambridge University Press. Cook, V. (2001). Second language learning and language teaching. New York. Arnold. (3rd edition).
    12. Danes, F. (1974). Functional sentence perspective and the organization of the text. In F. Danes, ed. Papers on Functional Sentence Persepctive (106-128). Prague: Academia/ The Hague: Mouton.
    13. De Hann, P., & Van Esch, K. (2008). Measuring and assessing the development of foreign language writing competence. Porta Linguarum, 9: 7–21.
    14. Enkvist, N. E. (1974). Theme dynamics and style: an experiment. Studia Anglica Posnaniensia, 5(127-135).
    15. Fernández, D. A., & Blum, A. (2013). Collaborative writing in pairs and small groups: Learners’ attitudes and perceptions. System, 41(2): 365–378.
    16. Fries, P.H. (1983). On the status of Theme in English: Arguments from discourse. Forum Linguisticum 61:1-38. (August). Reprinted in Janos Petöfi and Emel Sözer (Eds.), Micro and Macro Connexity of Texts, 116-152. Papers in Textlinguistics 45. Hamburg: Helmut Buske Verlag.
    17. Fries, P.H. (1995). Themes, methods of development, and texts. In Hasan and Fries (eds.), On Subject and Theme: From the Perspective of Functions in Discourse, 317-359. Amsterdam: John Benjamins.
    18. Halliday, M. A. ., & Matthiessen, C. M. I. (2004). An Introduction to Functional Grammar. Great Britain: Hodder Arnorld.
    19. Halliday, M. A. K., and Hasan, R. (1976). Cohesion in English. London: Longman.
    20. Herriman, J. (2011). Themes and theme progression in Swedish advanced learners’ writing in English. Nordic Journal of English Studies, 10(1), 1–28.
    21. Hubert, M. D. (2013). The Development of Speaking and Writing Proficiencies in the Spanish Language Classroom: A Case Study. Foreign Language Annals, 46(1), 88–95.
    22. Idris Aman. (2010). Analisis wacana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
    23. Kasma Mohd Hayas. (2013). Peranan gambar dalam penulisan esei. Kertas kerja International Conference on Languages, Linguistic and Society (ICLALIS). Anjuran Universiti Malaysia Sabah. Hotel Kota Kinabalu, Sabah, 22-24
    24. Oktober. Lee, L. (2010). Exploring Wiki-Mediated Collaborative Writing: A Case Study in an Elementary Spanish Course. CALICO Journal, 27(2): 260–276.
    25. McCabe, A. M. (1999). Theme and thematic patterns in Spanish and English history texts. Dissertation Doctor of Philosophy, Aston University.
    26. Mañas, N. I. (2011). Análisis de errores en la producción escrita de estudiantes rusos de nivel avanzado de español en el uso de los tiempos de pasado. Máster de Formación de Profesores de Español como Lengua Extranjera. Instituto de Formación Continua, Universidad de Barcelona. España
    27. Marco Común Europeo de Referencia para Las Lenguas: Aprendizaje, Enseñanza, Evaluación (MCER). (2002). Terj. Instituto Cervantes. Ministerio de Educación Cultura y Deporte, Madrid, Spain: Anaya.
    28. Norfaizah Abdul Jabar, Anida Sarudin, & Idris Mohd Radzi. (2014). Pola Tematik dan Implikasinya dalam Pengajaran Penulisan Karangan. Jurnal Pendeta, 5, 25–41.
    29. Norhayati Alias. (2009). Penggunaan Kata Kerja Ser di dalam Pembelajaran Bahasa Sepanyol; Satu Analisis Strategi Pembelajaran Bahasa di kalangan Pelajar di UKM. In Proceedings ILANNS Issues in Language Teaching and Learning (pp. 601–607).
    30. Ping, A. L. (2007). Thematic Progression and Student Writing. The Journal of Asia TEFL, 4(3), 93–127.
    31. Rosniah Mustaffa & Idris Aman. (2007). Thematic Progression in the Writings of Undergraduate LEP Learners. The International Journal of Learning, 14(9): 67–82.
    32. Srivoranart, P. (2011). El proceso de aprendizaje de ELE por parte de alumnos tailandeses: condicionantes lingüísticos y culturales. Tesis Doctoral. Facultad de Filosofía y Letras, Departamento de Filología. Universidad de Alcalá. España.
    33. Taboada, M. T. (2004). Building Coherence and Cohesion: Task-oriented dialogue in English and Spanish. (Jucker, A.H. Ed.). Amsterdam/Philadelphia: John Benjamins Publishing Company.
    34. Teijeira, R. C., Van Esch, K., & De Haan, P. (2005). La coherencia y la cohesión en textos escritos por estudiantes holandeses de español como LE. Estudios de Linguistica Aplicada, 23(41): 67–100.
    35. Van Esch, K., De Haan, P., Frissen, L., Gonzalez, S. I., & Miranda, A. D. L. T. (2006). Evolución en la competencia escrita de estudiantes de español como lengua extranjera. Estudios de Linguistica Aplicada, 43, 55–76
    36. Valette, R.M. (1977). Modern Language Testing. United States of America: Harcourt Brace Jovanovich Publishers.
    37. Wang, L. (2007). Theme and rheme in the thematic organization of text: Implication for teaching academic writing. Asian EFL Journal, 9 (1), 1-11.