Pelaksanaan ‘Colourful Sentence Strips’ Dalam Meningkatkan Pembinaan Ayat Mudah Bahasa Inggeris
List of Authors
  • Nur Iman Suhaimi

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Bahasa Inggeris di Malaysia diajar mengikut empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menulis diklasifikasikan sebagai kemahiran yang paling mencabar tetapi penting untuk diperoleh oleh murid. Kertas konsep ini membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh murid dalam membina ayat mudah. Beberapa faktor menjadi penyumbang kepada ketidakmampuan murid dalam membina ayat mudah disebabkan oleh latar belakang, penggunaan bahasa ibunda dan minat murid yang rendah dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Oleh itu, adalah penting untuk menangani permasalahan yang dihadapi oleh murid dan menggunakan teknik pembelajaran yang dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis ayat mudah Bahasa Inggeris. Teknik yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui Pembelajaran berasaskan Permainan (PBP) yang digabungkan dengan teknologi bersesuaian dengan pembelajaran abad ke-21. Beberapa kajian lepas dianalisis secara mendalam untuk tujuan ini. Hasil analisis menunjukkan bahawa pendekatan PBP menarik minat murid dalam meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat mudah bahasa Inggeris dalam konteks di Malaysia.


Reference
  • No Data Recorded