Visual sejarah dalam seni cetak bertemakan negeri-negeri melayu 1786-1890
List of Authors
  • Arba’iyah Mohd Noor , Azian Tahir , Mohd Khairul Azahari Abdul Rani

Keyword
  • Sejarah, seni cetak, dokumentasi, media, british

Abstract
  • Budaya merakam peristiwa dan suasana sejarah melalui visual bermula sejak sekian lama, iaitu ketika manusia mula mengenali bagaimana untuk meninggalkan kesan pada sebarang permukaan. Hal ini berterusan hingga kepada beberapa ketamadunan yang besar yang menggunakan tinggalan visual sebagai medium untuk menyampaikan maklumat berhubung dengan kekuasaan mereka serta aktiviti harian masyarakat pada zaman tersebut. Fokus utama kajian ini adalah untuk melihat visual sejarah melalui seni cetak sebagai satu pendokumentasian sejarah terutama sekali di Negeri-negeri Melayu. Sesungguhnya dengan menghayati sesuatu karya seni sama ada dalam konteks sosial, politik, ekonomi dan penggayaan membolehkan kita memahami bukan sahaja seni malahan latarbelakang disebalik setiap visual yang terhasil. Negeri-negeri Melayu yang tidak ketinggalan dari menjadi tema utama dalam penghasilan visual seni cetak semenjak abad ke-15 lagi telah banyak menyimpan himpunan sejarah melalui visual cetakan secara tidak langsung. Hal ini jelas sekali menunjukan Negeri-negeri Melayu juga tidak ketinggalan mempunyai koleksi visual cetakan yang boleh dikaji untuk mendapatkan maklumat sejarah di sebalik setiap visual yang dihasilkan. Malahan seni cetak adalah salah satu daripada disiplin media masa yang paling berkesan, dalam menyimpan maklumat dan imej dalam jumlah yang banyak. Secara tidak langsung hal ini dapat memperlihatkan bagaimana perkembangan seni cetak di Negeri-negeri Melayu ini selari dengan proses pendokumentasian maklumat yang akhirnya menjadi rekod bercetak kepada sejarah negara. Dalam kontek kajian ini jangka masa himpunan visual cetakan

Reference
  • 1. Ahmad Suhaimi Mohd Noor (2007). Sejarah Kesedaran Visual Malaya, (hlm. 1) Perak: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
    2. Alison Inglis, (1988). Art at Second Hand: Prints after European Pictures in Victoria before 1870, Australian Journal of Art, Volumes VII, 1988, hlm 52.
    3. Bastin, J. S. & Rohatgi, P. (1979). Prints of Southeast Asia in The Indian Office Library: The East India Company in Malaysia and Indonesia, 1786-1824 (hlm xvii). Cambridge, Her Majesty’s Stationery Office bya Heffers Printers Limited.
    4. Byrd, C. K. (1991). Percetakkan Awal di Jajahan Selat, (hlm 3). Diterjemahkan oleh Mansor Ahmad Saman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
    5. Colonial Landscape in Print, 24 April – 23 May 2010, Mars Gallery, Ballarat Victoria,Australia, hlm. x.
    6. Durand, F. R. & Curtis R. (2014). Maps of Malaya and Borneo: Discovery, Statehood and Progress (hlm 24). Editions Didier Millet.
    7. Hough, S. J. & Hough P. R., The Beinecke Lesser Antilles Collection at Hamilton College: A Catalogue of Books, Manuscripts, Prints, Maps, and Drawings, 1521-1860. University Press of Florida,1994.
    8. Hourani & George Fadlo (1995). Arab Seafaring in the Indian Ocean in Ancient and Early Medieval Times (hlm. 35). Princeton University Press.
    9. Lim Chong Keat (1986). Penang View 1770-1860. Penang: Summer Times Publishing.
    10. Kauz, R. (2010). Aspects of the Maritime Silk Road: From the Persian Gulf to the East China Sea. (hlm. 3-4).Vol. 10: Otto Harrassowitz Verlag.
    11. Muliyadi Mahamood, Pendekatan Sejarah dan Kritikan Seni Visual, http://sayaseorangpensyarah.blogspot.com/2011/07/ kertas kerja-Dr.-Muliyadi – Mahamood-dari.html (tarikh diakses 12 Dis. 2012).
    12. Muliyadi Mahamood (2003), “Seni Cetak Kontemporari Malaysia”, Dewan Budaya, Bilangan 7, Julai, hlm. 36.
    13. Seidner, R. B. (1989). Paint Wizardry: Falling for Faux Finishes, (hlm. 56).Cincinnati Magazine.
    14. Teo, M. et. al. Ninteenth Century Print of Singapore, (hlm prakata) Singapore: Times Edition, 1987.
    15. V.Simdaram,Colour lithographs of Gayatri Japam, http://www.newstodaynet.com/col.php?section=20&catid=33&id=3821 (tarikh diakses 16/10/2012)