Penerapan Nilai-Nilai Murni Melalui Nyanyian Untuk Meningkatkan Sahsiah Murid ADHD
List of Authors
  • Crisyanti Kuling Angki

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Murid-murid berkeperluan khas tidak terkecuali menerima dididikan nilai-nilai murni untuk memiliki sahsiah diri yang baik terutamanya dari aspek berbudi bahasa. Justeru kajian ini bertujuan untuk meningkatkan sahsiah murid ADHD dan melihat perubahan dari aspek budi bahasa yang memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Responden terdiri daripada tiga murid berkeperluan khas “Attention Deficit Hyperactivity Disorder” ADHD dari PPKI Sekolah Kebangsaan Kampong Baru di Daerah Kapit, Sarawak yang berumur antara sepuluh tahun hingga sebelas tahun. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dan dilaksanakan menggunakan reka bentuk kajian tindakan. Data dikutip melalui temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati intervensi nyanyian dapat membantu murid ADHD berkomunikasi dengan budi bahasa yang sopan dan  mengekalkan daya tumpuan sekaligus meransang minat  semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan teori Konstruktivisme yang diadaptasi menggunakan gelung kajian tindakan model Kemmis & McTaggart (1988) murid ADHD diterapkan dengan nilai-nilai murni terlebih dahulu kemudian mengaplikasikannya dalam situasi yang berbeza dalam kehidupan harian. Melalui kajian ini diharapkan agar sahsiah murid ADHD dapat dipertingkatkan dengan penerapan nilai-nilai murni melalui nyanyian.

     


Reference
  • No Data Recorded