Pelaksanaan PdPc Dalam Talian (OLL) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 Dan 2 Covid-19
List of Authors
  • Bani Hidayat Mohd Shafie

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 Fasa 1 dan Fasa 2, pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) telah menggunakan beberapa aplikasi pengajaran dalam talian Online Learning (OLL) untuk memastikan bahawa sukatan pelajaran dapat dilaksanakan dengan baik seperti yang dirancangkan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau berkaitan pelaksanaan PdPC OLL semasa PKP 1 dan PKP 2 yang merangkumi aspek penglibatan pensyarah dan siswa guru, platform aplikasi utama dan sokongan, jenis interaksi, serta masalah dalam pelaksanaan PdPc OLL semasa PKP1 dan PKP 2. Seramai 180 responden yang terdiri daripada pensyarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam terlibat dalam kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan campuran (mix method) di mana data kuantitatif disokong oleh data kualitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 15 item soalan dibentuk menggunakan Google Form dan diedar melalui aplikasi WhatsApp kepada semua responden. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang merangkumi taburan frekuensi dan peratus. Hasil kajian keseluruhan menunjukkan bahawa semua pensyarah menunjukkan penglibatan 100% begitu juga majoriti siswa guru terlibat sama dalam PdPC OLL. Hasil Dapatan juga menunjukkan bahawa Platform utama PdPc OLL ialah WhastsApp dikuti Google Classroom dan Telegram serta disokong oleh aplikasi media sosial yang lain. Majoriti pensyarah menjalankan PdPC menggunakan interaksi  segerak (synchronize atau real time) (PKP fasa 1 = 90%), PKP fasa 2 =86.80%), namun begitu interaksi tidak segerak (asynchronous) juga dilaksanakan mengikut keperluan masa dan tempat (PKP Fasa 1= 10%, PKP fasa 2 =13.20%). Terdapat dua masalah utama yang timbul daripada penemuan kajian ini, iaitu masalah rangkaian internet dan masalah kapasiti data pelajar menyukarkan pelaksanan PdPC OLL semasa PKP 1 dan 2 berjalan dengan baik. Implikasi Kajian ialah memberi jangkaan awal berkaitan masalah dan persediaan menghadapi wabak COVID-19 dan membuka ruang kepada pilihan-pilihan alternatif dalam PdPc OLL ke arah sistem IPG yang lebih fleksibel dan dinamik.


Reference
  • No Data Recorded