Implementasi Video Pengajaran Dalam Pembelajaran HTML Melalui Massive Open Online Courses (MOOCs)
List of Authors
  • Nur Amanina Haziqah Abdul Halim

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Penggunaan e-pembelajaran dalam dunia pendidikan dikatakan salah satu cara bagi memudahkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas yang secara tidak langsung melibatkan perbincangan antara pelajar dan pengajar. Konsep e-pembelajaran diperkenalkan agar pendidik dapat menarik minat pelajar dan mentransformasikan pengajaran secara tradisional kepada pengajaran berteraskan teknologi. Kajian ini diadakan untuk mengenalpasti minat, motivasi dan persepsi pelajar dalam menggunakan video pengajaran bagi mempelajari HTML melalui Massive Open Online Courses (MOOCs). Seramai 80 orang peserta kajian telah menyertai kajian kuantitatif ini dan borang soal selidik menjadi instrument kajian ini. Hasil kajian telah memperlihatkan bahawa pelajar menunjukkan minat dan motivasi yang memberangsangkan serta persepsi yang positif dalam mempelajari HTML dengan menggunakan video pengajaran melalui MOOCs. Oleh itu, proses cara pembelajaran yang baik dapat memberi kesan yang bermanfaat dalam proses pembelajaran pelajar. Tenaga pengajar perlu mengimplementasikan kaedah ini dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran bagi memperoleh minat pelajar, juga dapat meningkatkan motivasi mereka lebih-lebih lagi dalam subjek pengaturcaraan.


Reference
  • No Data Recorded