Meneroka Teknik Penyoalan Guru Dalam Matapelajaran Sains Murid Sekolah Rendah
List of Authors
  • Revathi Selvaraj

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kini, transformasi pembelajaran menuntut guru-guru menggunakan kepelbagaian teknik penyoalan yang berpotensi untuk mencapai keupayaan kognitif optimum murid. Kajian ini bertujuan untuk meneroka jenis, cara melaksanakan dan kesan pelaksanaan teknik penyoalan semasa mengajar matapelajaran Sains. Kajian ini berbentuk tinjauan dan menggunakan kaedah kualitatif dalam menganalisis data yang diperolehi daripada instrumen temubual. 11 orang responden yang terlibat dalam kajian ini ialah guru-guru yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang Sains. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden menggunakan soalan bertumpu dan soalan bercapah dengan memberi gambar, situasi dan sebagainya. Pengaplikasian kepelbagaian teknik penyoalan memberi kesan positif terhadap kemahiran berfikir, minat dan penglibatan murid. Dapatan kajian ini menyumbang kepada peningkatan dalam penguasaan teknik penyoalan dalam kalangan guru serta memberi implikasi kepada KPM dan IPGM agar semua murid celik dalam penguasaan KBAT terutamanya dalam matapelajaran Sains


Reference
  • No Data Recorded