Keberkesanan Kaedah Flipped Classroom Terhadap Kemahiran Mengolah Perenggan Mudah Dalam Kalangan Pelajar Tahun 1 Luar Bandar
List of Authors
  • Nina Mohd Idrus

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pendidikan alaf ke-21 menuntut para pendidik mempelbagaikan kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar di mana kaedah flipped classroom ialah salah satu metodologi pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Kajian kes instrumental ini adalah berbentuk kualitatif. Kajian ini dijalankan terhadap 6 orang pelajar Tahun 1 dari sekolah harian biasa berdasarkan pencapaian markah mereka yang terendah di dalam ujian diagnostik Bahasa Melayu dan telah diadakan pada minggu sebelumnya. Instrumen yang digunakan merangkumi pemerhatian serta temubual peserta kajian dan ibu bapa pelajar terbabit. Instrumen senarai semak digunapakai bagi melihat aspek kualiti pengolahan perenggan pelajar. Dapatan hasil kajian menunjukkan peningkatan kualiti pengolahan perenggan pelajar bertambah baik selepas mengamalkan kaedah flipped classroom. Hasil kajian ini boleh digunakan para guru untuk menggunakan kaedah flipped classroom di dalam topik lain dengan lebih berkesan dan menarik para pelajar yang lemah di dalam Bahasa Melayu.


Reference
  • No Data Recorded