Amalan Pengajaran Guru Bahasa Melayu Menggunakan Modul PKJR
List of Authors
  • Roslinda Ghafar

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) merupakan satu elemen yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. PKJR ini merupakan satu perkara baharu yang perlu dilaksanakan oleh guru dalam sesi PdPc sama ada sebagai aktiviti atau sebagai bahan bantu mengajar. Namun, para guru menghadapi masalah dalam menyerapkan PKJR ini dalam penulisan rancangan pengajaran harian (RPH) guru. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk melihat amalan pengajaran guru Bahasa Melayu mengunakan Modul PKJR. Kajian ini mengunakan kaedah kajian kes yang melibatkan seorang peserta kajian iaitu guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Pendekatan kualitatif dengan instrumen temu bual dan analisis dokumen digunakan dalam kajian ini. Dapatan temu bual dianalisis secara naratif dan analisis dokumen iaitu rancangan pengajaran harian peserta kajian yang berkaitan PKJR menunjukkan amalan pengajaran peserta kajian menggunakan Modul PKJR secara optimum. Pengkaji berharap dapatan kajian ini dapat menyedarkan pihak yang berkaitan dengan PKJR supaya dapat menambah baik pelaksanaan PKJR agar objektif KPM dan JKJR dapat dicapai untuk melahirkan generasi yang cakna akan keselamatan diri sendiri dan orang lain.


Reference
  • No Data Recorded