Hubungan Pendedahan Teknologi Dengan Sikap Pelajar
List of Authors
  • Jegatheswary Perumal

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Teknologi merupakan satu medium pembelajaran yang penting pada era modenisasi ini tetapi beberapa kajian lepas melaporkan adanya isu yang timbul di kalangan sikap pelajar dalam pembelajaran berasaskan teknologi. Hal ini mencetuskan idea dan keinginan untuk pengkaji bagi mengkaji amalan guru dalam pendedahan teknologi dengan sikap pelajar. Tujuan kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara pendedahan teknologi dengan sikap pelajar dan sikap pelajar terhadap pendedahan teknologi. Objektif kajian ini bagi mengenal pasti tahap pendedahan teknologi kepada pelajar, mengenal pasti perbezaan sikap pelajar terhadap teknologi mengikut jantina dan mengenal pasti hubungan pendedahan teknologi dengan sikap pelajar terhadap teknologi.  Seramai 370 orang pelajar tingkatan 1 dipilih sebagai respondan dari tiga buah sekolah menengah harian di zon bangsar/pudu di wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Perisian komputer SPSS versi 22 digunakan untuk menganalisis data. Analisis statistik deskriptif telah dilaksanakan untuk mendapatkan min, peratus dan kekerapan, diikuti analisis ujian-t dan korelasi Pearson dalam kajian ini. Dapatan menunjukkan tahap pendedahan teknologi adalah pada tahap sederhana di kalangan pelajar. Seterusnya, keputusan ujian-t pula menunjukkan perbezaan yang signifikan sikap pelajar terhadap pendedahan teknologi mengikut jantina. Dapatan kajian ini juga telah membuktikan bahawa wujudnya hubungan positif dan sangat lemah antara pendedahan teknologi dengan sikap pelajar. Kesimpulannya pelajar masih mempunyai minat dan semangat apabila teknologi digunakan dalam PdPC di dalam kelas tetapi guru perlu mempelbagaikan aktiviti dan strategik pengajaran yang berasaskan teknologi. Kajian ini boleh dilanjutkan dengan mencari sikap pelajar secara spesifik terhadap pembelajaran berasaskan teknologi.


Reference
  • No Data Recorded