Kajian Sistematik: Memori dalam Penguasaan Kemahiran Bahasa Melalui Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis
List of Authors
  • Nur Asmida Rahman, Shahlan Surat

Keyword
  • Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Penguasaan Bahasa, Pembelajaran Bahasa, Memori, Pengaruh

Abstract
  • Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh terlibat kemahiran membaca dan kemahiran menulis yang saling berkait dalam membangunkan penguasaan kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar. Kajian ini menggunakan analisis sintesis literatur mendapati kesediaan memori antara faktor yang mempunyai pengaruh dalam penguasaan kemahiran bahasa melalui kemahiran membaca dan menulis. Antara faktor-faktor pengaruh lain dalam penguasaan kemahiran bahasa ialah, motivasi dan minat, kaedah pengajaran, peranan ibu bapa, dan peranan persekitaran sekolah. Hasrat negara menjadi negara maju memerlukan penambahbaikan dalam aspek penguasaan asas bahasa dalam kalangan pelajarnya bagi memastikan taraf pendidikan dapat membangunkan modal insan yang setanding dengan negara maju yang lain. Kajian yang berfokus terhadap pelajar sekolah rendah terutamanya, adalah penting agar pelajar-pelajar ini tidak menghadapi masalah apabila meningkat kea lam sekolah menengah dalam penguasaan kemahiran bahasa melalui kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Analisis faktor-faktor mempengaruhi penguasaan kemahiran bahasa perlu ditinjau lebih lanjut berdasarkan demografi sesebuah tempat mahupun sekolah secara lebih terperinci untuk membantu pengenalpastian pengaruh sebenar dalam penguasaan kemahiran bahasa, membaca dan menulis di lokasi kajian.

Reference
  • No Data Recorded