Implikasi Elemen Sastera Melayu Terhadap Perkembangan Kognitif Murid Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Di Sekolah Rendah
List of Authors
  • Abdul Halim Ali

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Abstrak

    Sastera Melayu mempunyai seni bahasa yang indah dan tersusun. Adunan teknik dan keindahan diksi menjadikan karya itu hidup dan bertenaga. Antara elemen sastera yang terdapat pada sesebuah hasil karya ialah pemikiran pengarangnya, gaya bahasa, bentuk struktur, tema, persoalan dan pengajaran merupakan nilai estetika yang merakamkan realiti kehidupan masyarakat yang mewarisinya. Oleh kerana hal ini penting, maka elemen sastera Melayu  pada peringkat sekolah rendah mula diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Elemen sastera Melayu diserapkan ke dalam beberapa mata pelajaran melalui buku teks. Penerapan elemen sastera Melayu sebagai Elemen Merentasi Kurikulum (EMK) dalam mata pelajaran lain  di sekolah rendah  yang bertujuan untuk merealisasikan potensi murid di samping melahirkan generasi yang mempunyai daya saing tinggi dalam membuat keputusan di bawah Perkara Kemahiran  Bernilai Tambah yang menggariskan tujuh kemahiran, antaranya Kemahiran Berfikir (KB). Fokus makalah ini adalah perbincangan tentang implikasi elemen sastera Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah melalui kaedah pembelajaran kognitif. Dalam perhubungan ini, domain kognitif Anderson & Krathwohl 2001 digunakan kerana domain kognitif Anderson & Krathwohl 2001 ini dilihat mempunyai landasan yang kukuh bagi mengukuhkan kefahaman murid-murid untuk menerima fakta sejarah bersandarkan elemen sastera Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah hingga menjadikan mata pelajaran Sejarah lebih menyeronokkan dan bermakna.

     


Reference
  • No Data Recorded