Kesan pandemik Covid-19 ke atas kesejahteraan sosial penduduk PPR di Kuala Lumpur
List of Authors
  • Ahmad Rizal Mazlan , Cheong, Chong Chan

Keyword
  • Kesejahteraan sosial, Projek Perumahan Rakyat (PPR), COVID-19, daya tahan, tekanan

Abstract
  • Pandemik COVID-19 adalah satu fenomena baru yang tidak dijangka sehingga mengubah kesemua aspek kehidupan manusia ke norma baharu. Para penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang terdiri daripada kelompok B40 dijangka mengalami kesukaran kehidupan seiring dengan gelombang perintah kawalan pergerakan yang telah dilaksanakan berulang kali. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau kesan pandemik COVID-19 ke atas kesejahteraan sosial penduduk PPR. Seramai 1200 penduduk PPR telah mengisi borang soal selidik yang diedarkan samada secara fizikal mahupun secara atas talian. Sebanyak sembilan soalan digunakan untuk meneroka tahap kesejahteraan sosial dan kesemua soalan tersebut adalah diadaptasikan daripada dua set soal-selidik terpiawai iaitu The Satisfaction with Life Scale (SWLS) oleh Diener et al. (1985) dan Perceived Stress Scale oleh Cohen (1994). Ujian t berpasangan telah dilakukan untuk membuat perbandingan min bagi sembilan soalan tersebut untuk situasi sebelum dan selepas perintah kawalan pergerakan (PKP). Umumnya, kesejahteraan sosial penduduk PPR telah merosot secara signifikan. Antara kemerosotan ketara yang dikenalpasti adalah keadaan kehidupan, kepuasan tentang kehidupan dan rancangan kehidupan. Namun, analisis frekuensi menunjukkan bilangan penduduk yang menganggap gaya hidup mereka menghampiri idaman masing-masing adalah sangat sedikit tidak kira waktu sebelum PKP mahupun selepas PKP. Walaupun kesejahteraan sosial penduduk PPR merosot secara signifikan selepas PKP, gaya hidup mereka sebenarnya tidak berubah secara drastik. Selain itu, data kualitatif yang telah dikumpul daripada temubual kumpulan berfokus dengan wakil persatuan penduduk PPR menjelaskan bahawa para penduduk PPR sebenarnya biasa hidup dalam keadaan yang susah sejak sebelum berlakunya Pandemik COVID-19 lagi. Mereka didapati memiliki daya tahan tersendiri untuk berdepan dengan tahap kesejahteraan sosial yang merosot. Implikasi daripada penemuan kajian ini adalah segala perancangan dan bantuan kepada kelompok B40 perlu mengambil kira faktor daya tahan yang dimiliki oleh mereka yang sedang hidup dalam keadaan yang susah.

Reference
  • 1. Abdul Ghani, S., & Nurwati, B. (2012). Quality of life of residents in urban neighbourhoods of Pulau Pinang, Malaysia. Journal of Construction in Developing Countries, 17(2), 117-123.
    2. Abdul Karim, L. A. (2020, Mac 26). COVID-19: 'RM100 terus ke akaun penyewa, penghuni PPR'. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/669529/covid-19-rm100-terus-ke-akaun-penyewa-penghuni-ppr
    3. Abdul Karim, M. A. F. (2021, Julai 23). Pertubuhan kasih Neelofa agih bantuan kepada OKU di PPR Desa Rejang. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/pertubuhan-kasih-neelofa-agih-bantuan-kepada-oku-di-ppr-desa-rejang/
    4. Abu Bakar, J. M. (2021, Jun 1). Keganasan rumah tangga meningkat sepanjang pandemik. Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/keganasan-rumah-tangga-meningkat-sepanjang-pandemik/
    5. Bernama. (2018, November 8). 58% PPR dan PA di KL jadi lokasi paling berisiko tinggi penagihan dadah. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/450856.
    6. Cohen, S. (1994). Perceived stress scale. http://www.mindgarden.com/documents/PerceivedStressScale.pdf
    7. Coley, R. L., Sullivan, W. C., & Kuo, F. E. (1997). Where does community grow?: The social context created by nature in urban public housing. Environment and Behavior, 29(4), 468-494. https://doi.org/10.1177/001391659702900402
    8. Currie, J., & Yelowitz, A. (2000). Are public housing projects good for kids? Journal of Public Economics, 75(1), 99-124. https://doi.org/10.1016/S0047-2727(99)00065-1
    9. Daily Makan. (2021, Julai 23). Sungguh mengecewakan, sumbangan bakul makanan dibuang penerima ke tong sampah! Daily Makan. https://dailymakan.com/sumbangan-bakul-makanan-dibuang-ke-tong-sampah/44602/
    10. DeLone, G. J. (2008). Public housing and the fear of crime. Journal of Crime Justice, 36, 115-125. https://doi.org/10.1016/j.jcrimjus.2008.02.003
    11. Diener, E., Emmons, R. A., Larsen, R. J., & Griffin, S. (1985). The Satisfaction with Life Scale. Journal of Personality Assessment, 49, 71-75.
    12. eWarta MARA (2021, November 16). Bantu anak PPR melalui program pembangunan pendidikan. eWarta MARA. https://ewarta.mara.gov.my/2021/11/16/bantu-anak-ppr-melalui-program-pembangunan-pendidikan%EF%BF%BC/
    13. Ezhar, T., Jusang, B., Fadzil Imran, I., Zamre, Y., & Muhammad Rezal, H. (2008) Faktor penglibatan remaja daripada keluarga berpendapatan rendah di bandar dalam masalah sosial. Jurnal Pembangunan Belia Malaysia, 1, 165-182.
    14. Forrest, R. & Kearns, A. (2001). Social cohesion, social capital and the neighbourhood. Urban Studies, 38(12), 2125–2143.
    15. Haron, S. (2020). Pendapatan dan perbelanjaan isi rumah M40 dan B40 mengikut negeri. Newsletter Department of Statistic, Malaysia, BPHPP, 3.2020/Siri 28. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/6_Newsletter/Newsletter%202020/DOSM_BPHPP_3- 2020_Siri_28.pdf
    16. Jaafar, N. (2021, Julai 22). Sumbangan bakul makanan 'dihumban' ke tong sampah. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/151256/edisi/sumbangan-bakul-makanan-dihumban-ke-tongsampah
    17. Mohd Pauzi, H. (2017). Konsistensi matlamat dan objektif program perumahan kos rendah dengan keperluan perumahan kumpulan sasar. The Malaysian Journal of Social Administration, 9(1), 87-110.
    18. Mokhtar, N. A. (2020, Januari 11). Polis KL santuni penduduk PPR dan PA, kurangkan 'fear of crime'. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/645871/polis-kl-santuni-penduduk-ppr-dan-pa-kurangkan-fear-crime
    19. Nasir, M. M. (2021, Jun 29). 'Kibar bendera putih supaya kami tahu'. Harian Metro. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/724075/kibar-bendera-putih-supaya-kami-tahu
    20. Parzi, M. N. (2021, September 20). ‘1,578 keganasan rumah tangga sepanjang pandemik COVID-19’ – Rina. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/866366/1578-keganasan-rumah-tangga-sepanjang-pandemik-covid-19-rina
    21. Rohe, W. M., & Burby, R. J. (1988). Fear of crime in public housing. Environment and Behavior, 20(6), 700- 720.
    22. Sidal, A., & Kang, O. S. (2016). Kesejahteraan sosial dalam kehiduoan bandar: Perspektif penghuni kejiranan berpengawal. Sarjana, 31(1) 55-69.
    23. Sinar Harian (2021, Oktober 18). Kerajaan wajar tambah jumlah Bantuan Khas COVID-19. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/167604/KHAS/Covid-19/Kerajaan-wajar-tambah-jumlah-Bantuan-Khas-Covid-19
    24. Suhaimi, F. (2020, Mac 19). COVID-19: DBKL disaran perluas bantuan kepada penghuni Perumahan Awam, PPR. Astro AWANI. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-dbkl-disaran-perluas-bantuan-kepada-penghuni-perumahan-awam-ppr-234272
    25. The Star. (2020, Ogos 5). Pilot commits suicide in Serdang after losing job. The Star. https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/08/05/pilot-commits-suicide-in-serdang-after-losing-job Yayasan Wilayah Persekutuan. (n.d.). YWP bantu pesakit pasca COVID-19 kategori 5 di PPR Taman Wahyu 2. https://www.yayasanwp.org/single-post/ywp-bantu-pesakit-pasca-covid-19-kategori-5-di-ppr-taman-wahyu-2
    26. Zainudin, N. (2021, Februari 28). Bantuan COVID 19 diteruskan di flat PPR Jelatek. Jabatan Belia dan Sukan Negara. https://www.jbsn.gov.my/berita-jbs-negeri-kuala-lumpur/bantuan-covid-19-diteruskan-di-flat-ppr-jelatek.htm