Covid 19: Impak E-Pembelajaran Terhadap Kesihatan Pelajar Universiti
List of Authors
  • Izyan Izzati Kamsani

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Penularan wabak Covid-19 mula dikenalpasti di daerah Wuhan, China pada sekitar bulan November 2019. Wabak ini telah merebak ke seluruh pelusuk dunia dengan begitu pantas. Kesan wabak ini mengakibatkan penutupan semua sektor termasuk institusi pendidikan tinggi. Rentetan penutupan itu, sistem pengajaran dan pembelajaran diaplikasikan secara dalam talian atau dikenali sebagai e-pembelajaran. Terdapat pelbagai platform e-pembelajaran dilaksanakan pada masa kini seperti aplikasi Zoom, Webex, Google Meet, Google Classroom, Telegram, Whatsapp dan Youtube. Platform ini juga dapat membantu pelajar mengikuti e-pembelajaran dengan lebih teratur dan tersusun. Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti impak e-pembelajaran terhadap tahap kesihatan pelajar di universiti sewaktu pandemik Covid-19. Seramai 192 orang pelajar universiti terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan persepsi pelajar terhadap pelaksanaan e-pembelajaran. Berdasarkan kajian ini, didapati keempat-empat aspek iaitu fizikal, persekitaran, emosi dan refleksi kendiri menunjukkan hubungan antara pelajar dan e-pembelajaran adalah berkaitan antara satu sama lain.


Reference
  • No Data Recorded