Metodologi Hadith dalam Penetapan Hukum dan Fatwa: Kajian Antara Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNPs) dan Majelis Tarjih dan Tajdid (MTT) Pimpinan Pusat Muhammadiyah
List of Authors
  • Ali Abdul Jalil, Faisal Husen Ismail, Fathullah Asni, Khairulnazrin Nasir, Khalilullah Amin Ahmad, Mohd Aizul Yaakob, Mohd Nor Adli Osman

Keyword
  • Metodologi Hadith, Sumber Rujukan Hukum, Fatwa

Abstract
  • Hadith merupakan sumber perundangan dalam Islam yang kedua selepas al-Quran. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis (JFNP) merupakan institusi fatwa di bawah Jabatan Mufti Negeri Perlis di Malaysia, manakala Majelis Tarjih dan Tajdid (MTT) merupakan institusi fatwa di bawah Pimpinan Pusat Muhammadiyah di Indonesia. Kedua-dua institusi fatwa ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dari sudut sumber pengambilan hukum dalam berfatwa. Hal demikian adalah disebabkan JFNP dan MTT telah menjadikan al-Quran dan hadith sebagai sandaran utama dalam menetapkan fatwa. Namun demikian, JFNP dan MTT tidak memberikan penghuraian secara jelas tentang definisi hadith dan metodologi hadith yang dipraktikkan dalam fatwa. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi menganalisis tafsiran kepada maksud hadith sahih, mursal dan ḍa‘īf menurut perspektif dan sumber ambilan hukum serta menganalisis pendekatan pengaplikasian hadith dalam berfatwa. Kajian ini menggunakan metode kualitatif berdasarkan kajian kepustakaan melalui teks-teks fatwa, dokumen dan hasil temu bual. Dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa JFNP dan MTT memiliki persamaan dalam menjadikan hadith sebagai sumber rujukan untuk penetapan fatwa bagi kategori hadith, iaitu hadith sahih, mursal dan ḍa‘īf (ringan). Begitu juga pendekatan pengaplikasian hadith dalam pentapan fatwa, JFNP dan MTT meletakkan keutamaan dalam pemilihan zahir teks hadith untuk dijadikan sandaran sebelum berpindah kepada metodologi kefahaman hadith yang lain.

Reference
  • No Data Recorded