Mengintegrasikan Heutagogi dalam Kurikulum: Cabaran dan Masa Depan
List of Authors
Amy Liew Xiu Jie, Noor Sahirah Md Nayan, Nurul Aisyah Kamrozzaman, Sofia Elias
Keyword
Heutagogi, pembelajaran kendiri, kurikulum fleksibel, pendidikan tinggi, Revolusi Industri 4.0
Abstract
Kurikulum pendidikan tradisional yang berfokuskan pengajaran berpusatkan guru semakin dilihat tidak mencukupi dalam mempersiapkan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam dunia yang semakin kompleks dan pesat. Dalam konteks Revolusi Industri 4.0 (RI4), yang dicirikan oleh kemajuan teknologi yang pesat dan automasi, sistem pendidikan perlu menyesuaikan diri untuk memenuhi keperluan masyarakat moden yang semakin dinamik. Heutagogi, atau pembelajaran kendiri yang lebih autonomi, menawarkan satu pendekatan alternatif yang memberi penekanan kepada kebebasan pelajar dalam merancang dan melaksanakan pembelajaran mereka sendiri. Pendekatan ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran berfikir kritis, kreativiti, serta keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan. Walaupun banyak manfaat yang ditunjukkan, pengintegrasian heutagogi dalam pendidikan formal menghadapi pelbagai cabaran, termasuk perubahan dalam peranan pendidik, kesediaan pelajar, dan kelenturan kurikulum. Kertas konsep ini meneroka cabaran-cabaran tersebut dan membentangkan peluang untuk pengintegrasian heutagogi yang berkesan dalam kurikulum, selaras dengan agenda pendidikan global seperti rangka kerja Pendidikan 2030 UNESCO. Penekanan yang diberikan berpotensi mengtransformasikan heutagogi dalam memperkasa kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, serta mempersiapkan pelajar untuk tenaga kerja masa depan dalam dunia yang semakin digital dan automasi.