Cabaran Guru Prasekolah Dalam Melaksanakan Simulasi Jual Beli
List of Authors
  • Rosny Maidin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Bidang profesioanl pendidikan awal kanak-kanak menuntut guru bertindak memberi pengajaran sesuai dengan perubahan persekitaran. Hal ini merujuk kesungguhan guru dalam menyediakan pengajaran pembelajaran mengikut perubahan semasa. Tujuan kajian ini dijalankan untuk merungkai bagaimana guru menyediakan dan memberi simulasi jual beli kepada murid selari dengan perubahan ekosistem bilik darjah dan aktiviti pembelajaran. Oleh itu, objektif penyelidikan ini untuk meneroka cabaran guru prasekolah dalam melaksana simulasi jual beli. Kajian ini bersifat kualitatif menggunakan kaedah kajian kes yang melibatkan instrumen temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Peserta kajian ini melibatkan seramai 22 orang murid prasekolah mengikuti simulasi jual beli dan seorang guru prasekolah bagi sesi temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian ini telah merungkai cabaran utama dalam pelaksanaan simulasi jaul beli iaitu a) Pelaksanaan aktiviti b) Kekangan SOP c) Kawalan kelas dan d) Pengulangan pengajaran operasi tambah. Implikasi kajian ini menuntut pendidik memajukan sikap profesional dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dengan amalan pedagogi yang selari dengan keperluan perkembangan murid, serta berupaya berdepan dengan cabaran perubahan global.


Reference
  • No Data Recorded