Hubungan Ketagihan TikTok dengan Kemahiran Komunikasi Interpersonal dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
List of Authors
  • Shahlan Surat, Shum Pei Ying

Keyword
  • Ketagihan, Tiktok, Kemahiran Komunikasi Interpersonal, Pelajar Sekolah Menengah

Abstract
  • TikTok telah muncul sebagai aplikasi media sosial yang popular di seluruh dunia. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui tahap ketagihan terhadap TikTok dan kemahiran komunikasi interpersonal dalam kalangan pelajar. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan ketagihan TikTok dengan kemahiran komunikasi interpersonal. Seramai 300 orang pelajar sekolah menengah di Zon Pengkalan Hulu, Perak telah dipilih sebagai responden melalui persampelan rawak mudah. Instrumen soal selidik adalah diadaptasikan daripada Bergen Social Media Addiction Scale (BSMAS) dan Interpersonal Communication Competence Scale (ICCS). Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) 26.0. Hasil kajian menunjukkan tahap ketagihan TikTok serta tahap kemahiran komunikasi interpersonal pelajar berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis korelasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara ketagihan TikTok dengan kemahiran komunikasi interpersonal pelajar. Perkara ini bermaksud semakin tinggi ketagihan terhadap penggunaan TikTok, semakin tingginya kemahiran komunikasi interpersonal dalam kalangan pelajar. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada para pelajar supaya memanfaatkan penggunaaan TikTok terutamanya dalam aspek kemahiran komunikasi interpersonal. Pihak guru juga dapat mengaplikasikan TikTok dalam pelbagai strategi dan program di sekolah agar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal dalam kalangan pelajar.

Reference
  • No Data Recorded