Aplikasi Model Praktis Studio Seramik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah Terhadap Penerokaan Kreatif Dan Kritis Berasaskan Tanah Liat Alternatif
List of Authors
  • Muhammad Safwan Mohd Shariff

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaplikasian model praktis studio seramik(MPSS) dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah(PdPR) terhadap penerokaan kreatif dan kritis berasaskan tanah liat alternatif (TLA). Panduan utama kajian ini berlandaskan MPSS dengan membuat penilaian fenomonologi kreatif semasa kaedah kualitatif dijalankan dengan mengaplikasikan kajian TLA secara PdPR . Sampel TLA diperolehi dari pelbagai kawasan. Namun begitu setiap sampel akan menunjukkan kebolehgunaan yang berbeza mengikut kandungan mineral dalam tanah liat serta faktor geografi yang berbeza. 5 aspek utama dalam MPSS diaplikasikan dalam PdPR iaitu, aplikasi, praktis, teknik, meneroka dan produk dalam menerapkan nilai estetika dan pembentukan kreatif pelajar.  Pengaplikasian 3 teknik asas seramik iaitu lingkaran,picitan dan press mould bagi menghasilkan karya seni kreatif daripada TLA. Dapatan kajian menunjukkan hasil TLA terhadap PdPR dapat dijalankan dengan berkesan melalui pengadaptasian MPSS ini dapat membina dan membentuk pemikiran dan penerokaan kreatif dalam penghasilan karya kreatif. Kesimpulannya, MPSS boleh dijadikan satu model rujukan untuk PdPR didalam darutat atau pendamic. MPSS ini sesuai digunakan untuk PdPR tanpa bersemuka. Selain itu, refleksi MPSS terhadap penggunaan TLA dapat menanam minat dan ikuiri kepada pelajar untuk mendalami dengan penuh pengamatan dan estetik. Impak hasil kajian ini dapat menyumbangkan satu bentuk model yang boleh diterapkan dalam mana-mana bidang PdPR baik sekolah, IPT atau swasta dalam melahirkan pelajar yang kreatif tanpa batasan.


Reference
  • No Data Recorded