Meningkatkan Kemahiran Mengenal Pasti Pemboleh Ubah Dalam Menjawab Soalan Sains Berbentuk Struktur Melalui Penggunaan Teknik ‘Spot Out’
List of Authors
  • Cheng Ping

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah dalam mata pelajaran Sains melalui teknik ‘Spot Out’ di samping meningkatkan minat murid dalam mempelajari Sains. Kajian ini melibatkan empat orang murid 5R yang belajar di SJKC Pumpong, Alor Setar, Kedah. Pentaksiran, soal selidik dan temu bual telah digunakan untuk mengumpul data bagi kajian ini. Seterusnya, data dianalisis dengan analisis deskriptif dan analisis naratif. Penyemakan data dilakukan dengan menggunakan triangulasi data untuk meningkatkan kesahan hasil dapatan dan keputusan kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan teknik ‘Spot Out’ dapat meningkatkan kemahiran mengenal pasti pemboleh ubah dalam soalan Sains yang berbentuk struktur terutamanya bagi murid yang lemah.


Reference
  • No Data Recorded