Analisis Keperluan Pembangunan Modul Kelas Berbalik Dan Pembelajaran Berasaskan Projek Bagi Menerapkan Pemikiran Reka Bentuk Dalam Kalangan Murid RBT
List of Authors
  • Mohd Ridzuan Padzil

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Penerapan pemikiran reka bentuk dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi adalah merupakan suatu keperluan penting di dalam pendidikan masa kini. Kepentingan pemikiran reka bentuk khususnya dalam pendidikan STEM dilihat mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi pelajar untuk menyelesaikan suatu masalah yang dihadapi. Pelaksanaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan integrasi TMK yang menarik dan berkesan di dalam pembelajaran PAK-21 akan memberikan kesan yang baik terhadap perkembangan pemikiran pelajar. Justeru itu, temu bual separa berstruktur dijalankan ke atas empat orang guru RBT di daerah Sepang, Selangor bagi meneroka pandangan guru terhadap keperluan modul RBT kelas berbalik dan pembelajaran berasaskan projek bagi menerapkan pemikiran reka bentuk dalam kalangan murid RBT sekolah menengah rendah. Dapatan kajian melalui empat tema yang dibincangkan, adalah menunjukkan bahawa terdapat keperluan terhadap pembangunan modul pengajaran bagi membantu guru menerapkan pemikiran reka bentuk dalam kalangan murid RBT. Selain daripada itu, pembangunan modul turut dilihat membantu guru menghadapi kekangan terhadap masa mengajar dan juga kekurangan bahan pengajaran.


Reference
  • No Data Recorded