Hubungan tingkahlaku kepemimpinan dengan budaya kerja 5S dalam sektor awam
List of Authors
  • Nurzakira Afnee Zakaria , Wan Idros Wan Sulaiman

Keyword
  • tingkahlaku kepemimpinan, budaya kerja, sektor awam, kepemimpinan, budaya kerja 5S

Abstract
  • Kepimpinan yang efektif melambangkan kejayaan sesebuah jabatan kerajaan. Tingkah laku kepemimpinan yang sesuai dalam sesebuah organisasi dilihat sebagai suatu yang amat penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan organisasi tersebut. Pembentukan budaya kerja 5S yang cemerlang bergantung pada tingkah laku kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Penggunaan tingkah laku kepimpinan yang sesuai akan membantu organisasi untuk membentuk budaya kerja 5S dengan lebih berkesan. Kajian ini memfokuskan kepada hubungan tingkah laku kepimpinan dengan budaya kerja 5S dalam sektor awam di Putrajaya. Dalam konteks ini, kajian tertumpu kepada organisasi sektor awam yang memfokuskan kepada empat tingkah laku kepimpinan iaitu kepimpinan berorientasikan arahan, kepimpinan berorientasikan sokongan, kepimpinan berorientasikan penyertaan dan kepimpinan beorientasikan pencapaian yang berasaskan kepada Teori Laluan Matlamat yang diasaskan oleh Robert House pada tahun 1971. Kajian rintis dijalankan dan nilai Cronbach’s Alpha ialah 0.96. Pengedaran borang soal selidik melibatkan 156 responden yang terdiri daripada kakitangan kumpulan sokongan sektor awam di Putrajaya. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22. Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data dan hasil kajian mendapati bahawa semua hipotesis diterima dan ini bermakna bahawa pembolehubah tingkah laku kepemimpinan dalam kajian ini mempunyai hubungan yang positif dengan budaya kerja 5S Diharapkan dengan maklumat yang diperolehi daripada hasil kajian, pendekatan tingkah laku kepemimpinan yang telah dikenalpasti dapat meningkatkan keberkesanan dalam melaksanakan budaya kerja 5S.

Reference
  • 1. Arash Ghodrati & Norzima Zulkifli. 2013. The Impact of 5S implementation on industrial organizations performance. International Journal of Business and Management Invention, 2(3): 43-49.
    2. Aritz, J. & Walker, R. C. 2014. Leadership styles in multicultural groups: Americans and East Asians working together. International Journal of Business Communication 51(1): 72-92.
    3. Aronson, E. 2001. Integrating leadership styles and ethical perspectives. Canadian Journal of Administrative Sciences 18: 244-256.
    4. Barraza, M. F. S & Pujol, J. R. 2012. An Exploratory study of 5s: A multiple case study of multinasional organizations in Mexico. Asian Journal on Quality 13(1): 77-99.
    5. Cohen, L., Manion, L & Morrison, K. 2000. Research methods in education. London : Routledge.
    6. Creswell, J. W. 2009. Research design: qualitative, quantitative, and mixed methods approaches. 3rd ed. United States of America: Sage Publications.
    7. Daft, R. L. 2004. The leadership experience. Orlando: Harcourt College Publishers.
    8. Hakimi, N., Van Knippenberg, D. & Giessner, S. 2010. Leader empowering behavior: The leader’s perspective. British Journal of Management 21: 701-716.
    9. Ismail, A. 2005. Public sector service delivery excellence. Malaysia: Research & Planning Division, Public Service Department.
    10. Johnson, G. 1990. Managing strategic change: The role of symbolic action. British Journal of Management 1(1): 183–200.
    11. Kanungo, R. N. 2001. Ethical values of transactional and transformational leaders. Canadian Journal of Administrative Sciences 18: 257-265.
    12. Liker, J. K. 2004. The Toyota way: fourteen management principles from the world’s greatest manufacturer. New York: McGraw-Hill.
    13. Liker, J. K. & Hoseus, M. 2008. Toyota culture: The heart and soul of the Toyota way. New York: McGraw-Hill.
    14. Mareena Mohamad, Norhasni Zainal Abiddin Ismi Arif Ismail & Azizan Asmuni. 2011. Tinjauan hubungan gaya kepimpinan dengan komitmen organisasi. Eksplanasi 6: 17-28.
    15. Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah penyelidikan pendidikan. 6th ed. Kuala Lumpur: Bahasa dan Pustaka
    16. Mohd Majid Konting. 2009. Kaedah penyelidikan pendidikan. 8th ed. Kuala Lumpur: Bahasa dan Pustaka.
    17. Moriones, A. B., Pintado, A. B. & De Cerio, J. M. D. 2010. 5s use in manufacturing Contextual factors and impact on operating performance. International Journal of Quality & Reliability Management, 27(2): 217- 230.
    18. Oshagbemi, T. & Gill, R. 2004. Differences in leadership styles and behavior across hierarchical levels in UK organisations. The leadership & Organization development Journal 25(1): 93-106.
    19. Pheng, L.S. & Khoo, S.D., 2001. Team performance management: Enhancement through Japanese 5-S principles. An International Journal 7(7–8): 105–111.
    20. Raja Roslan Raja Abd Rahman, Azizi Yahya & Mohd Salleh Hj Hassan. 2008. Peranan komunikasi kepimpinan diri dan organisasi dalam perspektif islam. Jurnal Pengurusan Komunikasi 1-15.