regulasi kendiri, teori kognitif Bandura, fungsi eksekutif, kepuasan tertangguh
Abstract
Regulasi kendiri adalah keupayaan dalam mengawal tingkah laku, emosi dan pemikiran dalam usaha mencapai matlamat jangka panjang serta merupakan faktor kritikal dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini bertujuan untuk meneroka regulasi kendiri dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dan faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan mereka dalam menangguhkan kepuasan (delay of gratification) termasuk peranan fungsi eksekutif. Berdasarkan teori kognitif Bandura, tingkah laku individu dipengaruhi oleh interaksi dinamik antara faktor peribadi, persekitaran, dan tingkah laku. Penelitian literatur menunjukkan bahawa regulasi kendiri terdiri daripada strategi kognitif, regulasi emosi, dan kawalan tingkah laku, yang semuanya berkait rapat dengan kemampuan menangguhkan kepuasan. Kajian ini mendapati bahawa sokongan persekitaran, termasuk gaya keibubapaan, status sosioekonomi, dan faktor fisiologi, memainkan peranan penting dalam mengembangkan kemahiran regulasi kendiri. Intervensi seperti latihan minda, program pembelajaran berstruktur, dan aktiviti berkumpulan didapati berkesan dalam meningkatkan kebolehan regulasi kendiri dan fungsi eksekutif. Kajian ini menekankan bahawa kemahiran regulasi kendiri yang kukuh dalam kalangan kanak-kanak prasekolah bukan sahaja menyumbang kepada pencapaian akademik dan sosial yang lebih baik, tetapi juga memperkukuh keupayaan mereka untuk menghadapi cabaran hidup pada masa hadapan.