Pengalaman dan faktor pengabaian warga emas dalam komuniti
List of Authors
  • Khadijah Alavi , Noraini Che’ Sharif

Keyword
  • pengabaian, warga emas, anak dewasa, peranan, pekerja sosial

Abstract
  • Kajian isu pengabaian dalam kalangan warga emas oleh anak-anak dewasa jarang dilaporkan dan kurang pendedahan mengenai perkara ini. Objektif utama kajian ini ialah untuk memahami pengalaman warga emas yang diabaikan oleh anak dewasa dalam komuniti, meneroka faktor yang mendorong berlakunya pengabaian dan mengkaji peranan pekerja sosial bagi menangani masalah pengabaian dalam komuniti. Metodologi dalam kajian ini merangkumi rekabentuk kualitatif bagi memperoleh maklumat yang berkaitan dengan fenomena pengabaian warga emas dalam kalangan anak dewasa. Lokasi kajian dikenal pasti melalui kerjasama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu melalui program ‘Home Help Services’. Persampelan dalam kajian iaitu pengkaji telah menemu bual seramai lima orang informan yang mempunyai kriteria pemilihan sampel yang sama dalam kajian iaitu warga emas yang berumur 60 tahun keatas, warga emas yang tinggal bersendirian dan warga emas yang mengalami pengabaian dari segi fizikal, emosi, serta kewangan dan material. Dalam proses pengurusan data, pengkaji telah mentranskripkan data dalam bentuk skrip temu bual dan diasingkan mengikut tema-tema yang telah ditentukan. Analisis termatik digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam tentang fenomena pengabaian yang berlaku dalam kalangan warga emas oleh anak dewasa. Hasil kajian yang diperolehi melalui kajian yang dijalankan iaitu dimana faktor utama yang mendorong kepada berlakunya pengabaian warga emas oleh anak dewasa ialah kerenah warga emas yang membebankan anak dewasa dan anak dewasa yang mementingkan kerjaya/tinggal berjauhan dengan warga emas. Secara umumnya, kajian ini memberi implikasi terhadap isu pengabaian warga emas dalam kalangan anak dewasa iaitu dengan sedikit sebanyak dapatan hasil kajian yang diperoleh dapat membantu dalam menangani masalah pengabaian ini yang semakin meningkat daripada semasa ke semasa. Di samping itu, dapat mengenal pasti peranan pekerja sosial dalam mencegah dan mengatasi masalah pengabaian dalam kalangan warga emas oleh anak dewasa.

Reference
  • 1. Abd. Aziz. Abd. Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin. 2002. Kerja Sosial, Artikel-Artikel Pilihan. Utusan Publication dan Distrubution Sdn.Bhd. (Hlm 17).
    2. Abd. Razak Abd Manaf, Zakiyah Jamaluddin. 2002. Kerja Sosial, Artikel-Artikel Pilihan.Utusan Publication dan Distrubution Sdn.Bhd. (Hlm 172-175).
    3. Ahmad, M.A. 2005. Kaedah Penyelidikan Sosio Ekonomi (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur Dewan Bahasa Dan Pustaka.
    4. Anetzberger G.J et.al. 1994. Alcoholism and Elder Abuse. Journal of Interpersonal Violence, Vol 9 : 184-193.
    5. Awanis Salleh. 2010. Faktor Pengabaian Anak Terhadap Ibu Bapa. http://awanis29.blogspot.com/2010/05/rumusan-faktor2-pengabaian-anak.html [3 Jun 2013]
    6. Butler, R. N. (1963). The life review: An interpretation of reminiscence in the aged. In: psychiatry. Psychiatry, 256, 65 - 76.
    7. Butler, R.N. 1964. The life review: An interpretation of reminiscence in the aged. In R. Kastembaum (Ed.) New Thoughts on Aging. New York: Springer Publishing Company Botwinck, Jack, Ph.D. 1973. Aging & Behavior. A Comprehensive Integration Of Research Findings. New York : Springer Publishing Company, Inc.
    8. Campbell Reay A.M. Browne K.D. 2002. The Effectivenss of Psychological Intervention WithIndividuals Who Physically Abuse Or Neglect Their Eldery Dependents. Journal Of Interpersonal Violence, Vol 17 : 416-431.
    9. Erikson, E. 1950. Childhood and Society. New York W.W. Norton.
    10. Erikson, E. 1963. Childhood and Society (Second Edition). New York W.W. Norton.
    11. Haight, B.K. 1992. The Structured Life Review Process: A Community Approach to the Aging Client. In Caregiving in Dementia: Research and Applications in Gemma M.M. Jones And Bere, M.L. Miesen (Eds) London: Routledge.
    12. Hairi Abdullah. 2000. Perubahan Demografi dan Pertubuhan Warga emas : Persoalan Baru Gerontoloji Semasa. Dlm. Abdul Rahman Embong ( Pnyt.). Negara, Pasaran, Dan Permodenan Malaysia. Bangi : Penerbit UKM.
    13. Hooyman, Nancy R., Kayak, H. Asuman. 1988. Social Gerontology. A Multidisciplinary Perspective. Usa : Allyn & Bacon, Inc.
    14. Jal Zabdi Md Yusoff. 2009. Jenayah Dalam Keluarga: Penderaan Dan Pengabaian Warga Tua Di Malaysia.
    15. Kaufman, Gayle & Uhlenberg, Peter. 1998. Effects Of Life Course Transitions On The Quality Of Relationships Between Adult Children And Their Parents. Journal Of Marriage & The Family. 60 : 924-938.
    16. Khadijah Alavi. Rahim M. Sail. Khairuddin Idris. Asnarulkhadi Abu Samah. Christine Chan. 2011. Emotional Support Needs In Caring For The Elderly Parents By The Adult Children. Journal Of E-Bangi.
    17. Linda M. Woolf. 1998. Elder Abuse And Neglect. http://www2.webster.edu/woolflm/abuse.html [15 April 2013].
    18. Merriam, S. B. 1998. Qualitative Research and Case Study Applications in Education. Revised And Expanded From" Case Study Research in Education.". Jossey-Bass Publishers, 350 Sansome St, San Francisco, CA 94104.
    19. Buang Bapa, Kebas Wang. 2011. Harian Metro. http://w1.hmetro.com.my/articles.html [13 Mac 2013].
    20. Perah Kudrat Ibu Bapa. 2012. Harian Metro. http://w1.hmetro.com.my/articles.html [11 Mac 2013].
    21. Wang Dicari, Ibu Bapa Terabai. 2012. Harian Metro. http://www.hmetro. com.my/articles.html [28 November 2012].
    22. Patton, Q.M., 1990. Qualitative Evaluation And Research Methods. Second Edition. Sage Publications Inc., Newsbury Park, London, New Dehli.
    23. Ponnusamy Subramaniam & Shazli Ezzat Ghazali. 2004. Penganiayaan Warga Tua: Satu Penelitian. Jurnal Kebajikan Masyarakat, Vol 26 (2): 20 – 29.
    24. Rosenmary, L. 1997. “The Family: A Sources Of Help For The Elderly”. Dlm. E. Shanas Sussman (Pnyt), Family Bureaucracy And The Elderly. Durham: Duke University Press.
    25. Safarik M.E. 2002. Sexual Homicide of Elderly Females. Journal of Interpersonal Violence, Vol 9 : 500-526.
    26. Statistik Pengabaian Warga emas. 2010. Pengabaian Warga emas. http:fajarsoleh.blogspot.com.html [21 November 2012].
    27. Statistik Warga Emas di Rumah Perlindungan. 2012. Dimana silapnya warga emas?. http:www.hargaemas.com.my/terkini/dimana silapnya-wargaemas.html [11 Oktober 2012].
    28. Suitor, J. Jill & Pillemer, Karl. 1988. Explaining Intergenerational Conflict When Adult Children and Elderly Parents Live Together. Journal of Marriage & The Family. 50: 1037-1045.
    29. Usman Yaakob. 2001. Peranan Keluarga Dalam Penjagaan Warga emas di Malaysia. Selangor: Penerbit Prentice Hall, Person Education Malaysia Sdn. Bhd.
    30. Wan Ibrahim Wan Hamat. 2000. Penjagaan Warga emas Pada Abad ke-21 : Tanggungjawab Keluarga atau Pemerintah?. Dlm. Abdul Rahman Embong (Pnyt.). Negara, Pemasaran, dan Pemodenan Malaysia. Bangi : Penerbit UKM.
    31. Yan, E. & Kam Tang C.S. 2001. Prevalence And Psychological Impact of Chinese Elder Abuse. Journal Of Interpersonal Violence, Vol 16 : 1158-1174.