Kesungguhan para ulama terdahulu di dalam mewariskan ilmu dapat dilihat pada karya-karya mereka. Sebagai contoh kitab-kitab yang berkaitan dengan al-Quran seperti Hadith, Qiraat, Tajwid, Tafsir, sejarah, perubatan, dan pelbagai jenis ilmu yang sampai kepada kita sehingga ke hari ini merupakan hasil titik peluh yang digarap oleh mereka melalui mata pena. Kertas kerja ini merupakan kajian kes terhadap terhadap metodologi pentahkikan manuskrip Tacmim al-Manafic bi Qira’at al-Imam Nafic karangan al-Tarmasiy, seorang tokoh Nusantara yang pernah menjadi tumpuan para pencinta ilmu di dunia Arab serta pemilik tiang al-Masjid al-Haram berhampiran Bab al-Safa. Al-Tarmasiy telah mewariskan ensiklopedia ilmu-ilmu Islam yang pelbagai. Di antaranya adalah ilmu serta kitab dan nukilan Qiraat. kajian ini berbentuk kualitatif. Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan manuskrip yang merupakan instrument utama. Hasil kajian mendapati penulis telah menggunakan 12 metode ketika mentahkik kitab Tacmim. Dimulakan dengan mengenalpasti keaslian manuskrip dan diakhiri dengan tanda bacaan. Usaha al-Tarmasiy dalam hal ini menempatkan kitab beliau setara dengan rujukan-rujukan Qiraat yang lain. Implikasi kajian ini adalah membuka jalan kepada usaha tahkik manuskrip ini bagi dimanfaatkan secara optimum oleh para muqri’.