Tahap Amalan Kepimpinan Instruksional Penyelia Prasekolah Dan Hubunganya Dengan Komitmen Pendidik Masyarakat TABIKA Dan TASKA KEMAS Parlimen Jempol, Negeri Sembilan
List of Authors
  • Mohamed Yusoff Mohd Nor, Mohd Izham Hamzah, Nor Maizatul Akmal Mohd Zubir

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Amalan Kepimpinan Instruksional Penyelia Prasekolah yang baik akan meningkatkan komitmen organisasi Pendidik Masyarakat. Maka, kajian rintis ini akan dilaksanakan dalam kalangan Pendidik Masyarakat seramai 30 orang di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan. Kajian ini menerangkan hubungan antara tahap amalan Kepimpinan Instruksional Penyelia Prasekolah mengikut persepsi Pendidik Masyarakat Tabika dan Taska dan komitmen Pendidik Masyarakat itu sendiri. Selain itu, dalam kajian ini pandangan pendidik terhadap tahap amalan Kepimpinan Instruksional dan tahap komitmen telah dianalisis dari segi faktor demografi iaitu umur, tempoh perkhidmatan dan taraf pendidikan. Kajian rintis ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan (Google Form). Data kajian ini dianalisis menggunakan  frekuensi peratus, min, sisihan piawai dan korelasi pearson. Hasil kajian rintis mendapati instrument yang digunakan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi (0.90). Selain itu, ujian korelasi menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional penyelia prasekolah dan tahap komitmen pendidik masyarakat mempunyai hubungan yang signifikan (P=0.000), dimana P < 0.05.

     


Reference
  • No Data Recorded