Pendekatan pelancongan wilayah dari perspektif pemegang taruh di Kelantan, dalam konteks Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
List of Authors
  • Nor-Ina Kanyo , Wan Suzita Wan Ibrahim

Keyword
  • Pembangunan, pelancongan wilayah, pihak pemegang taruh, Kelantan, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)

Abstract
  • Pelancongan wilayah merupakan satu strategi pembangunan negara yang melibatkan ruang, produk, perkhidmatan dan sumber pelancongan bagi meningkatkan mutu pelancongan di sesebuah wilayah. Di Malaysia pelancongan wilayah telah dilaksanakan namun, sehingga kini tiada kajian secara terperinci tentang pendekatan simbiosis, konflik dan integratif dalam pembangunan wilayah. Para sarjana berpandangan, pelancongan wilayah berupaya menjana pembangunan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), namun, kejayaan masih belum teserlah ekoran pembangunan yang dilakukan adalah berdasarkan kepentingan negeri masing-masing. Justeru itu. artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti orientasi pembangunan pelancongan wilayah yang telah dilaksanakan oleh pemegang taruh dari tahun 2008 sehingga (2020) di salah satu negeri koridor pembangunan wilayah Pantai Timur iaitu di Kelantan. Data primer diperolehi melalui survei ke atas 28 responden dalam kalangan pemegang taruh di Kelantan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan pemegang taruh dalam aspek integratif lebih diutamakan berbanding pendekatan simbiosis dan konflik dalam proses perancangan, pembangunan dan pelaksanaan pembangunan pelancongan wilayah di Kelantan, Wilayah ECER. Kajian ini turut memberikan implikasi polisi dan amalan kepada pemegang taruh dalam usaha meningkatkan pembangunan wilayah dan mutu industri pelancongan negara.

Reference
  • 1. Ackermann. F & Eden. C. (2010). Strategic management of stakeholders: Theory and practice. Long Range Planning, 44, 179-196.
    2. Ahmad, H., Jusoh, H., Idris, M., Buang, A., Zaman, N. a. K., Samsir, S. W., & Anuar, A. N. A. (2017). Pemerkasaan asset semula jadi untuk kelestarian pelancongan di Negeri Pahang (Empowering the natural touristic assets for sustainable tourism in the State of Pahang). Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 9(3).
    3. E.J. Randle. (2016). Stakeholder’s perception of regulating commercial tourism in Victorian National Parks, Australia. Tourism Management 54,138-149.
    4. Ellis. S. & Sheridan. L. (2014). A critical reflection on the role of stakeholders in sustainable tourism development in least-developed countries. Tourism Planning & Development, 11(4), 467-471.
    5. Feng, X.-H. (2008). Who benefits? Tourism development in Feng Huang County, China. Human Organization, 67(2), 207-220.
    6. Freedman, R. E. & McVea, J. (2010). A stakeholder approach to strategic management. In: M. Hitt, J. Harrisson, R.E Freeman (Eds). Handbook of strategic management (pp. 1-33). Blackwall Publishing, Oxford, 189-207.
    7. Freedman, R.E & Reed. (1983). Stockholders and stakeholders: A new perspective on corporate governance. The Journal of Behavioral Economics, 19, 337-359.
    8. Hall, C. M. & Page, S. J. (2009). The geography of tourism and recreation: Environment, Place, and Space. Routledge.
    9. Herbert, B. & Christian, C. S. (2014). Regional tourism at the Cross-Roads: Perspective of Caribbean Tourism Organization’s stakeholders. Journal of Sustainable Development, 7(1), 1913-9063.
    10. Jeuring, J. H. G. (2016). Discursive contradiction in regional tourism marketing strategies: The case of Fryslan, The Netherlands. Journal of Destination Marketing & Management, 5, 65-75.
    11. Loibl,W. & Walz, A (2015). Generic regional development strategies from local stakeholders scenarios-an Alpine Village Experience, Ecology & Society, 15(3), 39-50.
    12. Lusticky, M., Novak. M. & Svanda. P. (2014). The stakeholder’s approach to implementation of tourism development strategy. Journal of Competitiveness, 6, 77776.
    13. Lusticky. M., Bina, V. & Musil, M. (2016). Stakeholders approach the evaluation of tourism development plans. Journal of Strategic Management Quarterly, 3(3), 33-59.
    14. Rancangan Fizikal Negara 2. (2018) Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Semenanjung Malaysia. https://www.planmalaysia.gov.my/index.php/pages/view/265
    15. Tosun, C & Timothy, J. D. (1998). Shortcomings in planning approaches to tourism development in developing countries: The case of Turkey. International Journal of Contemporary Hospitality Management, 13(7), 352-359.
    16. Yang. J, Ryan. C & Zhang. L. (2013). Social conflict in communities impacted by tourism. Tourism Management, 35, 82-93.