Kepimpinan Transformasi Filantropi Islam: Peranan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam Pemerkasaan Pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS)
List of Authors
  • Halina Abdul Wahid, Hazman Hassan, Kamarudin Hussin, Mohd Akram Dahaman@Dahlan, Mohd Nazim Mohd Noor, Syed Abu Bakar Syed Kamal Bharin Jamalullail

Keyword
  • Filantropi Islam, MAIPs, Kepimpinan Transformasi, Tadbir Urus Zakat dan Wakaf, Poverty Empowerment, Model Institusi Islam

Abstract
  • Kepimpinan Transformasi Filantropi Islam merupakan tonggak utama dalam membangunkan kesejahteraan ummah melalui instrumen seperti zakat, wakaf dan sedekah. Dalam konteks Negeri Perlis, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah membuktikan bahawa filantropi Islam yang diurus secara strategik mampu menjadi pemacu kepada pemerkasaan holistik kepada ummah. Kertas ini meneliti kepimpinan transformasi DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai Yang DiPertua MAIPs yang telah memacu transformasi pengurusan MAIPs sejak 2011. Transformasi ini meliputi pengukuhan tadbir urus, digitalisasi pengurusan asnaf, pembangunan infrastruktur sosial, pelaksanaan program misi kemanusiaan dan pengantarabangsaan, serta pendekatan turun padang yang dekat dengan komuniti melalui inisiatif MAIPs Peduli. Keberhasilan ini telah menjadikan MAIPs sebagai model filantropi Islam berimpak tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa. Peranan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang menggabungkan visi strategik, inovasi pentadbiran, dan sentuhan kepimpinan komuniti telah membolehkan MAIPs dapat melaksanakan fungsi dan peranannya dengan baik, bahkan berpotensi menjadi inspirasi global.

Reference
  • No References Recorded