Pengaplikasian permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV murid berkeperluan pendidikan khas
List of Authors
  • Rosadah Abd Majid , Sofea Hanim Affendi

Keyword
  • permainan ‘JeWo’, kemahiran membaca, membaca suku kata terbuka, suku kata KV + KV, murid berkeperluan pendidikan khas, MBPK, OKU

Abstract
  • Keupayaan membaca bagi murid-murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dipengaruhi oleh keupayaan murid itu sendiri. Kekeliruan dalam pengamatan bahasa sedikit sebanyak mempengaruhi emosi, pengalaman, keperluan dan kehendak mereka. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan pengaplikasian permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV bagi murid berkeperluan pendidikan khas. Kajian mengenai pengaplikasian permainan ‘JeWo’ dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV murid berkeperluan pendidikan khas menekankan objektif berikut iaitu permainan ‘JeWo’ dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu; permainan ‘JeWo’ dapat meningkatkan pencapaian membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain; permainan ‘JeWo’ dapat mengekalkan minat membaca suku kata terbuka KV + KV Bahasa Melayu menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Adaptasi daripada Model Kurt Lewin (1948) telah digunakan dalam penyelidikan tindakan ini. Sebanyak dua kitaran/gelung bagi tindakan-tindakan dalam kajian ini bermula daripada merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid berumur lapan tahun yang dipilih melalui ujian diagnostik, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dikumpulkan melalui analisis dokumen (ujian lisan 1, ujian lisan 2, ujian lisan 3), temu bual dan pemerhatian. Data disemak menggunakan kaedah triangulasi. Dapatan mendapati peningkatan dalam kemahiran membaca murid berkeperluan pendidikan khas adalah lebih 50.0 peratus (purata keseluruhan ujian lisan 1, ujian lisan 2 dan ujian lisan 3). Hasil kajian mendapati permainan ‘JeWo’ banyak membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata terbuka KV + KV. Bagi murid berkeperluan pendidikan khas, latihan yang berterusan akan mampu meningkatkan kemahiran membaca murid. Selain itu, amalan kendiri pengkaji juga turut ditambahbaik melalui pengaplikasian permainan ‘JeWo’ yang dicipta.

Reference
  • 1. Abdul Aziz Abdul Talib. (1989). Psikolinguistik dan pengajaran bacaan di sekolah-sekolah rendah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

    2. Aimi Liyana, K., Hanis Maisarah, M., & Nor Fairos, H. (2016). Teachers' Perception On Literacy , Numeracy and Screening (LINUS 2.0) Assessment Features Based On Year 1 Students' Performance . Research Journal of English Language and Literature (RJELAL), 4(1).

    3. Alred, A., Labat, M. B., Eadens, D. W., Labat, C. A., & Eadens, D. M. (2016). The impact of principal emotional intelligence on teacher perceptions of school climate International Research in Higher Education, 1(2), 127–132. http://doi.org/10.5430/irhe.v1n2p127

    4. Auni Bazilah & Mohd Jasmy. (2019). Tahap penggunaan pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran bahasa inggeris di kalangan guru sekolah rendah. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. 6(1), 176-190.

    5. Burnett, C. (2010). Technology and literacy in early childhood educational settings: A review of research. Journal of Early Childhood Literacy. 10. 247-270. 10.1177/1468798410372154.

    6. Chew, F. P. (2012). Literacy among the secondary schools students in Malaysia. International Journal of Social Science and Humanity, 2(6), 546–550. http://doi.org/10.7763/IJSSH.2012.V2.168

    7. Creswell, J. W. (2014). Educational Research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. United State of America: Pearson Education Limited.

    8. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. (2017). Pusat perkembangan Kurikulum: Kementerian Pendidikan Malaysia.

    9. Guttormsen, S.S. & Krueger, H. (2000). “Using New Technologies with Multimedia.” IEEE Multimedia Magazine. July-September 2000.

    10. Harison Othman. (2005). Kajian Tindakan: Meningkatkan kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah kad bacaan. Perlis. Institut Perguruan Perlis.

    11. Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian sukatan pelajaran pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah & menengah:Bidang akademik berfungsi. Kuala Lumpur.

    12. Johnson, B. & Christensen, L. (2007). Educational research: Quantitative, qualitative and mixed approaches, 3rd Ed. Thousand Oaks, CA: Sage.

    13. Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    14. Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif Dan Kualitatif. Shah Alam: McGraw-Hill.

    15. Mazania Kasimin. (2009). Keberkesanan kaedah fonetik melalui teknik belajar sambal bermain dalam menguasai kemahiran membaca Bahasa Melayu murid-murid KIA2M. Jurnal Tinta Dinamik, 1, 35-38.

    16. McNiff, J. (2013). Action research: Principles and practice (3rd ed.). Oxon: Routledge.

    17. Mertler, C. A. & Charles, C. M. (2005). Introduction To Educational Research. 5th Edition. New York: Pearson Education, Inc.

    18. Nazirah Kamal Ruzaman & Abdul Rasid Abdul Razzaq. (2017). Penggunaan Aplikasi Multimedia Interaktif Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Bagi Kanak-Kanak Sindrom Down. Online Journal for TVET Practitioners, 2(1). Retrieved from https://penerbit.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4761

    19. Ormrod, J.E. (2008). Education psychology developing learning (6th ed.). Upper Saddle, NJ: Pearson Merrial Prentince Hall.

    20. Thomas, B. M. (2010). The literacy instructional leader : Perceptions of the importance of areas, responsibility and use of literacy knowledge elementary principals need to lead an effective literacy program. (Tesis Kedoktoran). Muat turun daripada Proquest Dissertation and Theses (UMI 3438787).

    21. Vygotsky, L. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes. Cambridge, MA: Harvard University Press.

    22. Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. PTS Professional.