Tahap Kepuasan Kerja Guru Di Malaysia: Kajian Meta-Analisis
List of Authors
  • Ruslin Amir, Vasugi Shamugam

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kajian literatur secara sistematik berkaitan dengan kepuasan kerja guru di sekolah. Artikel kajian yang dipilih secara sistematik ini berfokuskan dari tahun 2008 hingga 2021 yang dipilih melalui pangkalan data dan enjin carian EBSCOHost, Google Scholar dan Google Search. “Kepuasan guru”, “tahap kepuasan guru”, “tahap kepuasan guru di sekolah”, “tahap kepuasan guru di Malaysia” dan “faktor kepuasan guru” merupakan antara kata kunci yang digunakan untuk mencari artikel kajian. Pelbagai dimensi telah dikaji untuk mengenal pasti tahap kepuasan guru. Antara dimensi utama yang dikaji oleh para pengkaji ialah rakan sekerja, peluang kenaikan pangkat, penyeliaan, gaji, beban kerja  dan persekitaran kerja. Hasil analisis kajian-kajian lepas ini mendapati bahawa kebanyakan guru berpuas hati dengan pekerjaan yang dilakukan. Namun begitu, daripada lapan kajian yang dianalisis, hanya dua kajian sahaja yang menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru berada pada tahap yang sederhana. Berdasarkan keputusan kajian, para pengkaji mencadangkan  pihak pentadbir perlu mengkaji kepuasan kerja guru secara berkala supaya dapat memperbaiki kekangan bagi memastikan kepuasan kerja guru terjamin.


Reference
  • No Data Recorded