Penglibatan dan motivasi kesukarelawanan: ke arah memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan mahasiswa
List of Authors
  • Aizan Sofia Amin , Fauziah Ibrahim , Sivabalan, Tharshini

Keyword
  • penglibatan, sukarelawan, mahasiswa, motivasi kesukarelawanan

Abstract
  • Kajian terhadap pengenalpastian penglibatan dan motivasi mahasiswa dengan kerja- kerja berbentuk kesukarelawanan amat diperlukan untuk penyediaan maklumat asas kepada pihak pentadbir institusi pengajian tinggi dalam merangka program berbentuk kesukarelawanan yang boleh menarik minat mahasiswa untuk memberi sumbangan dalam bentuk khidmat masyarakat kepada komuniti yang memerlukan. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk (1) mengenal pasti latarbelakang dan penglibatan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerja-kerja kesukarelawanan dan (2) mengenalpasti hubungan antara motivasi menjalankan kerja- kerja kesukarelawan dengan jantina dan tahun pengajian. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan ‘SPSS for Windows’. Seramai 100 orang mahasiswa yang sedang menuntut di UKM telah dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey) secara kuantitatif. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif dan korelasi. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya, majoriti dalam kalangan mahasiswa yang terlibat dalam kajian ini pernah terlibat (89%) menjalankan kerja-kerja sukarelawan. Tempoh keterlibatan mereka dengan kerja-kerja sukarelawan adalah masih baharu iaitu kurang daripada enam bulan (38%). Majoriti daripada mereka mengakui merasa puas dan seronok ketika melibatkan diri dengan kerja-kerja berbentuk kesukarelawanan (89 peratus). Faktor ingin membantu masyarakat (39 peratus) dan ingin mencari pengalaman baru (33 peratus) dikenalpasti sebagai faktor keterlibatan utama mereka dengan aktiviti berbentuk kesukarelawanan. Analisis korelasi kajian mendapati, terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi untuk menjadi sukarelawan dengan faktor jantina (r=0.621, p<0.05) dan tahun pengajian (r=0.576, p<0.05). Hasil kajian memberi implikasi ke arah keperluan perancangan program sukarelawan dan khidmat masyarakat yang lebih strategik oleh pihak pentadbir universiti bagi memupuk semangat kesukarelawanan yang tinggi dalam kalangan mahasiswa.

Reference
  • 1. Astin & Sax. (1998). How Undergraduates Are Affected By Service Participation. Journal of College Student Development, 39: 251-263.
    2. Cnaan, R. A., Handy, F. Wadsworth, M. (1996). Defining Who Is A Volunteer: Conceptual and Empirical Considerations, Nonprofit and Voluntary. Sector Quarterly 3: 364–383.
    3. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.
    4. Clary, E. G., Snyder, M., & Stukas (1996). Volunteers Motivations. Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly 25: 485–505.
    5. Ekerdt, D.J. (1986). The Busy Ethic: Moral Continuity Between Work and Retirement. The Journal of Higher Gerontologist, 3: 239-44.
    6. Ellis, S. J (1996). The Executive Role in Volunteer Program Success. International Journal of Offender Therapy and Comparative Criminology, 26: 215-240.
    7. Finkelstein, M. A., & Brannick, M. T. (2007). Applying theories of institutional helping to informal volunteering: Motives, role identity and prosocial personality. Social Behavior and Personality, 35, 101-114.
    8. Gray (2000). The Benefits Of Community Service For Students. Change 2: 30-40. Jago, L., Deery (2002). An Investigation of Volunteer Use in Tourism Organizations. International Journal of Contemporary Hospitality Management, 5: 229-236.
    9. Haski-Leventhal, D., Cnaan, R., Handy, F., Brudney, J. L., Holmes, K., & Hustinx, L., (2008). Students’ vocational choices and voluntary action: A 12 nation study. Vol.19(1), 1-21.
    10. Hutchison, S (2003). Group Processes and Volunteering: Enhancing Recruitment and Retention. Administration in Social Work 33: 23-33.
    11. Kendall, J. C., & Associates. (1990). Combining Service and Learning: A Resource Book for Community and Public Service. National Society for Internships and Experiential Education.
    12. Knauft, D (1992). Predicting the Retention of University Students. Research in Higher Education 10: 35-37.
    13. Kemp, S. (2002). Volunteers Learning in the Olympics. Journal of European Industrial Training, 26: 109-116.
    14. Mabry, J.B. (1998). Pedagogical variations in service-learning and student outcomes: How time, contact and reflection matter. Michigan Journal of Community Service Learning, 5(1), 32-47.
    15. Malhotra, N.K., Hall, J., Sham, M & Crsip, M. (1996). Marketing Research: Applied Orientation (1st Edition). Sydney: Prentice Hall.
    16. McDonnell, I., Allen, J. & O’Toole, W. (1999). Festival and special event management. Brisbane: John Wiley & Sons Australia, Ltd.
    17. Mellor, Hayashi, Stokes. (2009). Volunteering and Its Relationship with Personal And Neighborhood Well-Being, Nonprofit And Voluntary. Sector Quarterly: 144–159.
    18. Musick, Marc, and John Wilson. (2008). Volunteers: A Social Profile. Indianapolis: Indiana University Press.
    19. Musick, M. and Wilson J. (2003) “Volunteering and Depression: The Role of Psychological and Social Resources in Different Age Groups.” Social Science and Medicine, 56(2): 259-269.
    20. Nichols, G, King. (1999). Redefining the Recruitment Niche for the Guide Association In The UK. Leisure Sciences. 21: 307-320.
    21. Shweiki & Mauck. (1993). Volunteering In Cross-National Perspective: Initial Comparisons. Civil Society Working Paper 10. London: London School Of Economics, Centre For Civil Society.