Keberkesanan program kepolisan komuniti dalam pencegahan jenayah di kawasan pentadbiran Balai Polis Taman Melawati Ampang
List of Authors
  • Mohd Roslin Mamat , Nik Ahmad Sufian Burhan

Keyword
  • Anggota kepolisan komuniti, keberkesanan, pencegahan jenayah, balai polis, Ampang

Abstract
  • Program kepolisan komuniti yang dilaksanakan di sekitar kawasan kejiranan bermatlamat mencegah kes-kes jenayah indeks membabitkan jenayah kekerasan dan jenayah harta benda dalam kawasan kejiranan komuniti. Kajian dilaksanakan bertujuan untuk meneroka kefahaman komuniti terhadap program kepolisan komuniti dalam pencegahan jenayah. Reka bentuk kajian kualitatif melalui pendekatan kajian kes digunakan untuk menemu bual informan kajian. Informan kajian yang dipilih melalui strategi pensampelan bertujuan melibatkan Anggota Kepolisan Komuniti (AKK). Kajian dilaksanakan di Kawasan Pentadbiran Balai Polis Taman Melawati Ampang. Teknik pengumpulan data dilaksanakan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan fokus (PKF) melibatkan AKK. Borang protokol temu bual separa struktur digunakan sebagai panduan menemu bual informan. Data-data temu bual dianalisis menggunakan teknik analisis tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa AKK memahami matlamat program kepolisan komuniti adalah untuk mencegah jenayah dalam kawasan kejiranan. Dari segi penglibatan komuniti sebagai pemangkin program didapati bahawa golongan muda dan belia terutama kurang tertarik untuk melibatkan diri secara sukarelawa sebagai AKK. Ini mengakibatkan kerjasama strategik melalui rondaan tidak dapat dilaksanakan secara berterusan kerana kejiranan enggan menyalurkan bantuan wang ringgit bagi membiayai elaun rondaan kepada AKK bertugas. Rangkaian perkongsian maklumat oleh AKK disalurkan melalui aplikasi media komunikasi seperti whatsapp, facebook group, papan kenyataan masjid dan surau, pos pengawal AKK dan perkongsian maklumat bersama-sama agensi penguatkuasa seperti PDRM dan RELA. Sebagai kesimpulannya, program kepolisan komuniti memerlukan jalinan perkongsian maklumat dan kerjasama bersepadu antara orang awam selalu AKK. Implikasi kajian memberi sumbangan input pengetahuan baharu kepada Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), PDRM untuk memperkasa aset dan logistik yang mencukupi berdasarkan keperluan program kepolisan komuniti.

Reference
  • 1. Abd Malek, N. F., Mohd Pauzi, H. & Awang Noh, N. (2021). Pencegahan jenayah pecah rumah bagi menjamin keselamatan masyarakat: suatu pemerhatian awal. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(9), 310 - 320. https://doi.org/ 10.47405/mjssh.v6i9.1042.
    2. Albrecht, P. (2022). Assembling community policing: Peacekeeping and the Ghana Police Service’s transformation agenda. Contemporary Journal of African Studies (CJAS), 9(1), 26-38. https://journals.ug.edu.gh/index.php/cjas/article/view/1612/989.
    3. Ani, F., Samah, A. A., & Ahmad, N. (2016). Pendekatan pendayaupayaan dalam pembangunan komuniti: satu analisa dari teori kepada praktis. Malaysian Journal of Social Sciences And Humanities (MJSSH), 1(1), 36-44. https://doi.org/10.47405/mjssh.v1i1.5.
    4. Aston, E. V., Hail, Y., & Wooff, A. (2021). Information sharing in community policing in Europe: Building public confidence. European Journal of Criminology, 21(1), 40-56. https://doi.org/10.1177/14773708211037902.
    5. Azman, Z. (2020). Pengawasan komuniti dan pencegahan jenayah di malaysia: sejarah perkembangannya. The Malaysian Journal of Social Administration, 14(2), 39-61. https://jupidi.um.edu.my/index.php/MJSA/article/view/26993/12351.
    6. Azman, Z., & Ah, S. H. A. B. (2020). Konsep dan perkembangan program pengawasan komuniti di Malaysia. SARJANA, 35(1), 42-59.
    7. Barton, H., & Valero-Silva, N. (2013). Policing in partnership: a case study in crime prevention. International Journal of Public Sector Management, 27(7), 543-553. https://doi.org/10.1108/IJPSM-12-2011-0131.
    8. Bennett, T. (1994). Recent developments in community policing. Police Force, Police Service, 107-129. https://doi.org/10.1007/978-1-349-23327-4_6.
    9. Chand, A., Goundar, P., & Karan, M. (2022). The effectiveness of the British models of community policing in Fiji. In Policing the Global South. Routledge.
    10. Cheurprakobkit, S., & Puthpongsiriporn, S. (2005). Service culture for the implementation of community policing: a case study of the Malaysian police. International journal of police science & management, 7(4), 286-299. https://doi.org/10.1350/ijps.2005.7.4.286.
    11. Chu, C. C., Tsai, T. J., Wang, C. Y., & Meng, F. S. (2021). Effective citizen engagement in community policing: the lessons and experience of Taiwan. Chinese Public Administration Review, 12(2), 116- 131. https://doi.org/10.1177/153967542101200202.
    12. Ferreira, D. V. D. S., Rossoni, L., & Oliveira, C. R. D. (2022). Institutional logics of community policing: An analytical framework and research agenda for the Brazilian context. Revista de Administração Pública, 56, 134-162. https://doi.org/10.1590/0034-761220210122.
    13. Fisher, B. W., McKenna, J., Higgins, E. M., Maguire, E. R., & Homer, E. M. (2022). The alignment between community policing and the work of school resource officers. Police Quarterly, 25(4), 561–587. https://doi.org/10.1177/10986111211053843.
    14. Greig-Midlane, J. (2019). An institutional perspective of neighbourhood policing reform in austerity era England and Wales. International Journal of Police Science and Management, 21(4), 230–243. https://doi.org/10.1177/1461355719889464.
    15. Higgins, A. (2018, May 20). So this is modern neighbourhood policing? London: The Police Foundation. http://www.police-foundation.org.uk/2018/10/so-this-is-modern-neighbourhood-policing-long-read/.
    16. Ibragimov, U., Cooper, K. E., Batty, E., Ballard, A. M., Fadanelli, M., Gross, S. B. & Cooper, H. L. (2021). Factors that influence enrollment in syringe services programs in rural areas: a qualitative study among program clients in Appalachian Kentucky. Harm Reduction Journal, 18(1), 1-15. https://doi.org/10.1186/s12954-021-00518-z.
    17. Johnson, D., Maguire, E. R., & Kuhns, J. B. (2022). Can community policing reduce perceived disorder? Results from a quasi-experiment in Trinidad and Tobago. Policing and Society, 32(7), 911-930. https://doi.org/10.1080/10439463.2021.1998048.
    18. Kanyo, N. I., Nor, N. H. M., Rainis, R., Rahman, A. T. A., & Jubit, N. (2015). Mengurus ruang jenayah: Suatu tinjauan dasar pengurangan jenayah di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 11(2), 107 – 117.
    19. Koskei, B., & Simiyu, C. (2015). Role of interviews, observation, pitfalls and ethical issues in qualitative research methods. Journal of Educational Policy and Entrepreneurial Research, 2(3), 108-117.
    20. Nanes, M. J. (2020). Policing in divided societies: officer inclusion, citizen cooperation, and crime prevention. Conflict Management and Peace Science, 37(5). https://doi.org/10.1177/0738894218802580.
    21. Norwahida Z. A., Lyndon, N., & Mohd Helmi A. R. (2016). Impak projek inovasi pencegahan jenayah kawasan perumahan: Analisa daripada pandangan. e-Bangi: Journal of Social Sciences and Humanities, 11(2), 427- 449.
    22. O’Reilly, C. (2022). Doing the right thing? value conflicts and community policing. Policing and Society, 33 (1),1-17. https://doi.org/10.1080/10439463.2022.2071423.
    23. Suhaimi, S. S. A., Nazuri, N. S., Burhan, N. A. S., Rahman, A. R. A., & Hamsan, H. H. (2021). Knowledge, attitude, and practices (KAP) on community-oriented policing in Malaysian Neighbourhoods. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(12), 517-526. http://doi.org/10.6007/IJARBSS/v11-i12/11795.
    24. Sulaiman, A. H., Othman, J., Hamsan, H. H., Samah, B. A., & D'Silva, J. L. (2012). Community development and its influence on community policing. American Journal of Applied Sciences, 9(7), 968. https://doi.org/10.3844/ajassp.2012.968.973.
    25. Zakaria, I., Mustafa, M. D. J. B., & Ngah, K. B. (2018). Kesepakatan komuniti dalam menangani kegiatan jenayah kejiranan di Malaysia menggunakan pendekatan skim rondaan sukarela (SRS). International Journal of Social Policy and Society, 14, 26-46