Kepimpinan transformasional guru besar dan kepuasan kerja guru di sekolah rendah daerah Klang semasa pandemik
List of Authors
  • Adrience Loh Yee Shuen , Mohd Yusoff Mohd Noor

Keyword
  • Kepimpinan Transformasional, Kepuasan kerja, Pandemik

Abstract
  • Pandemik Covid 19 telah membawa perubahan kepada pendidikan di Malaysia dan membawa impak terhadap kepuasan kerja guru. Kepimpinan transfomasional dilihat sebagai kepimpinan yang dapat memberi sokongan serta menentukan hala tuju kepada guru untuk mengadaptasikan pendidikan norma baharu ini. Sehubungan itu, kajian ini adalah untuk meninjau amalan kepimpinan transformasional guru besar serta kepuasan kerja guru di sekolah rendah daerah Klang semasa pandemik Covid 19. Sebanyak 292 orang responden yang dipilih secara rawak daripada populasi yang berjumlah sebanyak 5699 orang guru dari sekolah rendah di Klang terlibat dalam kajian tinjauan secara kuantitatif ini. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini dibina berdasarkan MLQ (Multi Faktor Leadership Questionnaire) (1994) dan Instrumen Job Descriptive Index (JDI). Analisis deskriptif dan inferensi digunakan sebagai kaedah analisis data. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kepimpinan transformasional guru besar di daerah Klang berada pada tahap yang sederhana semasa pandemic (min=3.24) . Bagi tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap yang sederhana (min= 3.31) semasa pandemic. Kajian ini mendapati hubungan yang signifikan dan kuat antara kepimpinan transformasional dengan kepuasan kerja guru melalui ujian korelasi Pearson (r=0.751). Selain itu, menerusi analisis regresi berganda, kajian ini mendapati dimensi rangsangan intelek merupakan penyumbang dominan kepada kepuasan kerja guru. Oleh itu diharapkan hasil kajian ini memanfaatkan pihak kepentingan untuk meningkatkan kualiti kepimpinan guru besar serta kepuasan kerja guru.

Reference
  • 1. Affendi, F. (2014). Tahap Kepuasan Kerja dan Komitmen Organisasi Dalam Kalangan Guru kolej vokasional: pendekatan structural equation model (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) .

    2. Bavani. S & Izham, M.H.M. (2022). Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jurnal Dunia Pendidikan.

    3. Burns, J. M. (1978). Leadership. New York: Harper & Row.

    4. Collie, R. J., Shapka, J. D., & Perry, N. E. (2012). School climate and social–emotional learning: Predicting teacher stress, job satisfaction, and teaching efficacy. Journal of Educational Psychology, 104(4), 1189. Crossman.

    5. Desta Ayele. (2014). Teachers’ Job Satisfaction and Commitment in General Secondary Schools of Hadiya Zone in Southerin Nation Nationality and People of Regional State. Doctoral Thesis.

    6. Fadhlah Afif, Azlin Norhaini, M. & Shahlan Surat. (2019). Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru di Daerah Kuala Langat. International Journal of Education, Psychology and Counseling. 4(27), 63-75.

    7. Flores, M.A. (2020). The COVID-19 pandemik and its effects on teacher education. European Journal of Teacher Education 00(00): 1–4.

    8. Fung, L. & Azlin, N.M. (2022). Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah TS25: Tinjauan Semasa Pandemik Covid-19. International Research Journal of Education and Sciences (IRJES) Vol. 6(Issue 1): 2–9.

    9. Goh Yee Shean & Azlin Norhaini Mansor. (2019). ICOFEA 2019 Conference Proceeding elSBN 978-967-14616-6-2. 144-151.

    10. Hallinger, P. 2003. Leading educational change: Reflections on the practice of instructional and transformational leadership. Cambridge Journal of Education 33(3): 329–351.

    11. Hoh, R.Y. & Azlin, N.M. (2021). Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru Di Daerah Kuala Selangor Semasa Pandemik Covid-19. Proceedings Of The International Conference Of Future Education And Advances (Icofea) 2021.

    12. Ibrahim, M.A., Sulaiman, W.S.W., Ibrahim, N.I., Malek, M.A.A. & Bausing, A. (2018). Influence of Organizational Justice, Job Satisfaction, Organizational Commitment, and Task Performance towards Organizational Citizenship Behavior among Academicians. Jurnal Psikologi Malaysia 32(4): 75–86.

    13. Jong, X.C. & Yusoff, M. bin M.N. (2020). Gaya Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kesannya Terhadap Tahap Kepuasan Kerja Guru Di SJKC Negeri Terengganu. ICOFEA 2020 Conference Proceeding. 19–26.

    14. Philip, S.K.S. & Azlin, N.M. (2017). Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah Di Daerah Kota Belud, Sabah. Prosiding Seminar Pendidikan Transdisiplin (STEd 2017). 403–420

    15. Rahayu A.B, Sham Ibrahim, Halijah Ariffin, Nor Hazimah Ismail & Wan Mohd Khairul Wan Isa. (2020). Peranan dan cabaran pemimpin dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dilestari dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) COVID-19. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 2(1): 1–23.

    16. Shamugam, V. a/p, Ruslin Amir1, I.R. & 1. (2021). Tahap Kepuasan Kerja Guru Di Malaysia : Kajian Meta-Analisis ( Level of Job Satisfaction Among Teachers in Malaysia : Meta- Analysis Study ). Jurnal Dunia Pendidikan 3(3): 342–350

    17. Than, M. T., & Vinitwatanakhun, W. (2021). A Study of the Relationship Between Teachers’ Perception Towards the Principal’s Transformational Leadership Style and Teachers’ Job Satisfaction at St. John’s Private High School, Pathein, Myanmar. Scholar: Human Sciences, 13(1), 306-320.

    18. Yusoff, M. A. M., Ismail, S. N., & Abdullah, A. S. (2020). Kepimpinan Transformasional, Kepuasan Kerja Guru Dan Peranan Iklim Sekolah Sebagai Mediator. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(2), 1-11.