Tahap penerimaan masyarakat terhadap latihan kemahiran di Malaysia
List of Authors
  • Khadijah Alavi , Rahim Md. Sail

Keyword
  • penerimaan, latihan kemahiran, ibu bapa, guru, pelajar dan modal insan berkemahiran tinggi

Abstract
  • Latihan kemahiran merupakan teras utama dalam membentuk modal insan berkemahiran tinggi, bertaraf global dan memenuhi kehendak pasaran. Tujuan artikel ini ialah mengukur tahap penerimaan dalam masyarakat terhadap latihan kemahiran di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dan kualitatif (temubual mendalam hanya bagi Orang Asli). Seramai 1320 responden yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Data dianalisis menggunakan ujian deskriptif dan korelasi. Hasil kajian mendapati bahawa 65 peratus pelajar dan ibu bapa masih memilih pendidikan akademik berbanding dengan latihan kemahiran dalam persediaan mereka untuk kerjaya pada masa akan datang. Daripada 35 peratus memilih bidang kemahiran meminati, katering dan kulinari (chef) menduduki tempat teratas dengan 21.3%, diikuti bidang mekanikal dengan 18.1%, perhotelan dengan 15.3% dan teknologi ICT dengan 11.9%. Manakala tahap pengetahuan tentang latihan kemahiran juga rendah mengikut etnik iaitu nilai min antara 2.47 hingga 2.57, yang memberi impak kepada tahap penerimaan latihan kemahiran dalam masyarakat juga rendah. Hasil kajian ini memberi implikasi kearah peningkatan modal insan berkemahiran tinggi yang boleh bersaing dalam pasaran global. Kajian ini mencadangkan kempen berterusan menggunakan media massa adalah satu strategi bagi meningkatkan tahap penerimaan masyarakat terhadap pentingnya latihan kemahiran sebagai negara berekonomi maju dan modal insan yang berkemahiran tinggi.

Reference
  • 1. Abd Hair Awang, Rahim M.Sail, Khadijah Alavi & Ismi Arif Ismail. (2011). Image and Students’ Loyalty Towards Technical and Vocational Education and Training. Journal of Technical Education and Training (JTET). Vol.3 (1): 13-28.
    2. Angrawal, T. (2013). Vocational education and training program (VET): Asian perspective. Asia Pacific Journal of Cooperation Education. vol 14(1): 15-26.
    3. Fong Chan Onn (2006). Managing Human Capital In The Globalised Era. Public services conference, 21 August, INTAN Bukit Kiara, Malaysia.
    4. Gay, L.R & Airasian, P. (2000). Educational research: Competencies and application, New Jersey, Prentice Hall.
    5. Kanapathy, V. (1997). Labour Market Issues and Skills Training: Recent Development In Malaysia. Pacific Economic Cooperation Council Human Resource Development Task Force Meeting, 30-31 May, Montreal, Canada.
    6. Kerajaan Malaysia (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996-2000. Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
    7. Kerajaan Malaysia (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
    8. Kerajaan Malaysia (2011). Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015. Kuala Lumpur: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
    9. Khadijah Alavi, Rahim M. Sail dan Abd. Hair Awang. (2013). Image of Technical Education and Vocational Training From The Perspective of Parents and Teachers. Journal of Technical Education and Training (JTET). Vol. 5, No.1 . ISSN 2229- 8932: 68-88.
    10. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
    11. McGrath, S., 2011. Where to now for vocational education and training in Africa? International Journal of Training Research 9, 1&2, 35-48.
    12. McGrath, S. (2012). Building new approaches to thinking about vocational education and training and development: policy, theory and evidence. International Journal of Educational Development, 32(5), 619–622. doi:10.1016/j.ijedudev.2012.04.003
    13. Needham, S., & Papier, J. (2012). Practical matters: what young people think about vocational education in SouthAfrica.London:CityandGuilds.
    14. New Straits Times, 29 Oktober 2011: 10.
    15. New Straits Times, 7 Januari 2012: 9.
    16. New Straits Times, 7 November 2011: 9.
    17. Pang, C.L. (2011). Key Reforms in Revitalising Technical and Vocational and Training (TEVT) in Malaysia. Regional Conference of Human Resource Development Through TVET as a Development Strategy in Asia. 2-3 August, Colombo, Sri Lanka.
    18. Rahim M. Sail, Abdul Rahman Md. Aroff, Asnarulkhadi Abu Samah, Azimi Hamzah, Sidek Mohd Noah, Zakaria Kasa (2nd Edition, 2007). National Dual Training System- Handbook on Social Skills and Social Values in Technical Education and Vocational Training. Serdang UPM & Ministry of Human Resource .
    19. Tan, H.W., & Gill, I. S. (2000). Malaysia. In Gill, I, S., Fluitman, F & Amit Dar (Ed), Vocational Education And Training Reform, New York, Oxford University Press: 218-260.
    20. Utusan Malaysia, 13 April 2010.
    21. World Bank (2007): Development and the Next Generation, World Development Report Wash-ington D.C.