Pengaturcaraan HyperText Markup Language (HTML) adalah satu bahasa yang berstruktur untuk penghasilan laman web dan sukar untuk mengenalpasti kesalahan dalam penulisan kerana HTML adalah satu bahasa pengaturcaaan berasaskan web.Dengan kepelbagaian teknik atau keadah yang berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara dalam talian mahupun secara bersemuka di dalam bilik darjah dapat membantu pensyarah membuat satu penilaian dan pentaksiran terhadap pencapaian, keberkesanan pembelajaran terhadap pelajar.Tujuan kajian ini adalah untuk menilai dan mentaksir keberkesanan pengajaran pensyarah dalam PdP bagi membantu pelajar dalam kefahaman bahasa pengaturcaraan HTML. Selain itu, dalam kajian ini juga mengkaji tahap pencapaian dan kefahaman pelajar dalam bahasa pengaturcaraan HTML dan mengkaji minat, persepsi pelajar dalam pembelajaran bahasa pengaturcaraan HTML secara dalam talian adakah ia merupakan satu kebaikan atau keburukan kepada pelajar.Sample kajian terdiri daripada 14 orang pelajar peringkat diploma disebuah institusi pengajian tinggi dan 3 orang pensyarah yang mengajar dalam kepelbagaian bahasa pengaturcaraan serta memfokuskan kekuatan dan kelemahan pensyarah menghadapi cabaran dalam PdP secara dalam talian. Satu kajian kes untuk mengkaji penilaian dan pentaksiran bagi kefahaman pembelajaran pelajar dalam bahasa pengaturcaraan HTML serta pengumpulan data adalah borang soal selidik dan temu bual bersama pensyarah dan pelajar dalam bahasa pengaturcaraaan HTML.Dapatan kajian mendapati kebaikan dan kelemahan dalam PdP bergantung kepada penyampaian pensyarah, bahan pengajaran dan teknik atau kaedah yang lebih berkesan untuk lebih menarik minat, motivasi dan persepsi pelajar dalam pembelajaran secara dalam talian bagi kursus pengaturcaraan Web Seperti HTML, PHP, MySQL, Javascript dan sebagainya.