Pemantapan modal insan melalui organisasi pembelajaran dan hubungannya dengan penerimaan transformasi dalam kalangan Pegawai Rendah Polis PDRM di Kontinjen Kuala Lumpur
List of Authors
  • Rusyda Helma Mohd , Shankar A/L Sanrakasa

Keyword
  • Organisasi pembelajaran, Polis Diraja Malaysia, kepimpinan, penerimaan bertransformasi

Abstract
  • Organisasi pembelajaran banyak dibincangkan dalam penyelidikan berkenaan organisasi pekerjaan di luar negara. Namun begitu, penyelidikan berkenaan organisasi pembelajaran dalam pasukan penguatkuasaan seperti pasukan polis tidak begitu terserlah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan organisasi pembelajaran dengan sikap penerimaan bertransformasi dalam kalangan pegawai rendah polis (PRP) di kontinjen Kuala Lumpur. Kajian ini ingin mengetahui dimensi organisasi pembelajaran yang banyak dipraktikkan dalam kalangan PRP di kontinjen KL dan mengenalpasti tahap dimensi organisasi pembelajaran dan sikap penerimaan bertransformasi dalam kalangan mereka. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan sikap penerimaan bertransformasi PRP KL berdasarkan faktor demografik seperti jantina, umur, pangkat dipegang dan tempoh perkhidmatan mereka dengan PDRM. Kajian ini tertumpu kepada pegawai rendah polis PDRM di Kontinjen Kuala Lumur sahaja dan kaedah kajian yang telah digunakan adalah kaedah kuantitatif iaitu tinjauan. Instrumen kajian adalah soal selidik secara atas talian yang terdiri daripada tiga bahagian. Setiap bahagian disediakan untuk menjawab objektif-objektif kajian ini. Hasil kajian mendapati organisasi pembelajaran membentuk kepimpinan strategik untuk meningkatkan pembelajaran dalam kalangan PRP. Kemudian, kajian ini mendapati tahap kesemua dimensi organisasi pembelajaran dan sikap penerimaan transformasi berada pada tahap yang sederhana. Disamping itu, hasil kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam sikap penerimaan bertransformasi berdasarkan faktor demografik tidak kira jantina umur, pangkat jawatan dan juga tempoh perkhidmatan responden. Akhir sekali, kajian ini telah mendapati bahawa hubungan dimensi pembelajaran dengan sikap penerimaan adalah positif di PDRM kontinjen KL. Dengan ini, pengkaji berharap kajian ini dapat menjadi pedoman dan contoh bagi organisasi kepolisan yang lain di Malaysia

Reference
  • 1. Anwar, R. & Niode, S.H.M. (2017). The effects of learning organization towardsemployees’ innovative behavior mediated by work engagement (A study in Indonesia). Advances in Intelligent Systems Research, 131, 59–164
    2. Bianchi, G., Testa, F., Boiral, O., & Iraldo, F. (2022). Organizational learning for environmental sustainability: internalizing lifecycle management. Organization & Environment, 35(1), 103–129. https://doi.org/10.1177/1086026621998744
    3. Che Yusoff, E.Y., Abdullah, H. & Adnan, Z.H. (2017). Hubungan kepuasan kerja dengan kecerdasan emosi dalam kalangan warga Polis DiRaja Malaysia. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 13(1), 22–37.
    4. Dunham, R.B., Grube, J. A., Gardner, D.G., Cummings, L. L. & Pierce, J.L. (1989). The development of an attitude toward change instrument. Academy of Management Annual Meeting.
    5. Gomes, G. & Wojahn, R.M. (2016). Organizational learning capability, innovation and performance: Study in small and medium-sized enterprises (SMES). Revista deAdministração (São Paulo), 52, 163–175.
    6. Hanaysha, J. (2016). Testing the effects of employee engagement, work environment, and organizational learning on organizational commitment. Procedia-Social and Behavioral Sciences 229, 289–297.
    7. Hasbullah. (2017). Amalan organisasi pembelajaran di Sekolah Menengah atas Negeri Makassar, Indonesia [Tesis Doktor Falsafah]. Universiti Teknologi Malaysia.
    8. Krejcie, R. V & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
    9. Kurniawati, D., Widyastuti, S. & Noor, L.S. (2017). Membangun keinovasian UMKM melalui peningkatan peran orientasi pasar, kompetensi SDM dan organisasi pembelajaran. JRB-Jurnal Riset Bisnis, 1(1), 1–7.
    10. Malik, P. & Garg, P. (2017). Learning organization and work engagement: The mediating role of employee resilience. The International Journal of Human Resource Management, 31(8), 1071–1094.
    11. Masrukhin, M. (2016.) Strategi membangun learning organization (LO dalam meningkatkan mutu dan daya saing lulusan (Studi kasus di Sekolah Menengah Atas (SMA) NuHasyim Asy’ari Kudus). Quality, 3(1), 41–66.
    12. Osagie, E., Wesselink, R., Blok, V., & Mulder, M. (2022). Learning organization for corporate social responsibility implementation: Unravelling the intricate relationship between organizational and operational learning organization characteristics. Organization & Environment, 35(1), 130-153.
    13. Yunus, J.N. (2020). Hubungan budaya organisasi dan organisasi pembelajaran: Perbandingan berdasarkan gender. Management Research Journal, 9(1), 17–27.
    14. Rana, S., Ardichvili, A. & Polesello, D. (2016). Promoting self-directed learning in a learning organization: Tools and practices. European Journal of Training and Development, 40(7), 470–489.
    15. Watkins, K. E. & Marsick, V. J. (1993). Sculpting the learning organization: Consulting using action technologies. New Directions for Adult and Continuing Education, 58, 81–90.
    16. Watkins, K. E. & Marsick, V. J. (1996). “In action.” Creating the learning organization. American Society for Training and Development.
    17. Watkins, K. E. & Marsick, V. J. (1999). Sculpting the learning community: New forms ofworking and organizing. NASSP Bulletin, 83(604), 78–87.
    18. Watkins, K. E. & Marsick, V. J. (2003). Summing up: Demonstrating the value of an organization’s learning culture. Advances in Developing Human Resources, 5(2), 129–131.