Abstrak: Aktiviti pembelajaran pada peringkat sekolah didapati masih lagi bercorak konvensional dan kurang melibatkan peranan pelajar dalam akitiviti perbincangan. Salah satu pendekatan pembelajaran berkonsepkan pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para guru dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih efektif ialah pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Tujuan kajian ini adalah untuk melihat potensi pendekatan PBM dalam meningkatkan kemahiran kecekapan pembelajaran menangani permasalahan dan mengenal pasti kekuatan pendekatan PBM dalam meningkatkan motivasi pelajar. Ringkasnya, pelaksanaan PBM melibatkan tiga fasa yang terdiri daripada tujuh langkah iaitu langkah satu adalah pembentukan kumpulan, langkah dua adalah mengenal pasti masalah, langkah tiga adalah menjana idea, langkah empat adalah isu pembelajaran, langkah lima merupakan pembelajaran terarah kendiri, langkah enam adalah sintesis dan aplikasi dan langkah tujuh adalah refleksi kendiri. Kepentingan kajian ini adalah dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam proses penjanaan idea dan pembuatan keputusan dalam aktiviti berkumpulan. Implikasi kajian menunjukkan PBM boleh meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, pembelajaran terarah kendiri (PTK), kemahiran komunikasi, kemahiran gerak kerja dalam kumpulan, kemahiran teknologi, dan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar. Cabaran pelaksanaan PBM adalah kekangan batasan masa aktiviti pembelajaran dan masalah sikap pelajar. Oleh itu, kekerapan penggunaan pendekatan PBM dalam kalangan pelajar perlu dipertingkatkan dalam aktiviti pembelajaran semua matapelajaran di sekolah.
Kata kunci: pendekatan, Pembelajaran Berasaskan Masalah, aktiviti pembelajaran
Abstract: Learning activities at the school level were found to be still conventional and less involved in the role of students in discussion activities. One of the learning approaches with the concept of self -learning to facilitate teachers and students through a more effective learning process is the Problem Based Learning (PBM) approach. The purpose of this study is to see the importance of PBM approach in improving learning efficiency skills to deal with problems and identify the strengths of PBM approach in improving student motivation. In short, the implementation of PBM involves three phases consisting of seven steps, namely step one is group formation, step two is problem identification, step three is generating ideas, step four is learning issues, step five is self -directed learning, step six is synthesis and application and step seven is self -reflection. The importance of this study is to increase student motivation in the process of generating ideas and decision making in group activities. Implications of the study show that PBM can improve critical thinking skills, self -directed learning (PTK), communication skills, group work skills, technology skills, and soft skills among students. Therefore, the frequency of use of PBM approach among students needs to be increased in the learning activities of all subjects in school.
Keywords: approach, Problem Based Learning, learning activities