Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di Johor
List of Authors
  • Hasnah Toran, Joleena Ramli

Keyword
  • Pendidikan Islam, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), amalan pengajaran, pedagogi inklusif, pendidikan khas

Abstract
  • Amalan pengajaran Pendidikan Islam kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) masih berhadapan kekangan dari aspek keselarasan pedagogi, kejelasan strategi pengajaran dan sokongan sistemik, khususnya dalam mengurus kepelbagaian keupayaan murid di bilik darjah pendidikan khas (Florian & Black-Hawkins, 2019; UNESCO, 2023). Justeru, kajian ini bertujuan meneroka kaedah dan teknik pengajaran yang diamalkan oleh Guru Pendidikan Islam dalam pengajaran MBPK di negeri Johor. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui penyelidikan lapangan. Seramai sepuluh orang Guru Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah yang terlibat secara langsung dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di beberapa daerah di Johor dipilih sebagai peserta kajian. Data dikumpulkan menggunakan temu bual separa berstruktur dan dianalisis melalui analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru mengamalkan pendekatan berasaskan amali, visual, pengulangan dan pengukuhan positif sebagai strategi pengajaran adaptif. Implikasi kajian menegaskan keperluan pedagogi yang fleksibel, berperingkat dan berpusatkan murid, di samping pengukuhan pembangunan profesional guru serta sokongan sistemik sekolah bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan Islam yang inklusif dan berkesan untuk MBPK.

Reference
  • No References Recorded