Hubungan di antara jenis personaliti dengan tahap kesihatan mental dalam kalangan bekas banduan di Malaysia
List of Authors
  • Divaghar K , Mohd Suhaimi Mohamad

Keyword
  • Personaliti, kesihatan mental, kemurungan, kebimbangan, stres, bekas banduan

Abstract
  • Masalah kesihatan mental bekas banduan didapati semakin meningkat dan membimbangkan sehingga menjejaskan keberkesanan pengintegrasian semula bekas banduan ke dalam masyarakat. Kertas ini bertujuan untuk melihat sama ada wujudnya hubungan di antara jenis personaliti dengan tahap kesihatan mental bekas banduan di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah survei ke atas 250 orang responden. Dua instrumen digunakan dalam borang soal selidik iaitu Ujian Skala Depression, Anxiety dan Stress (DASS21) bagi mengukur tahap kesihatan mental bekas banduan dan Ujian Personaliti Zuckerman-Kuhlman-40-Cross Culture (ZKPQ-M-40-CC) bagi mengenalpasti 5 domain personaliti bekas banduan iaitu Activity, Sociability, Aggresiveness-hostility, Impulsive Sensation Seeking dan Neuroticism-anxiety. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang positif yang signifikan di antara kelima-lima jenis personaliti dengan tahap kemurungan, kebimbangan dan stres dalam kalangan bekas banduan. Intervensi kesihatan mental yang khusus perlu diberikan kepada banduan sebelum dan selepas mereka dibebaskan. Ini sangat penting dalam memastikan peluang pengintegrasian semula bekas banduan ke dalam masyarakat adalah berkesan apabila masalah kesihatan mental dapat dicegah dan dirawat sebelum ianya menjadi semakin teruk.

Reference
  • 1. Adler, A. (1964). Social interest: A challenge to mankind. New York, NY: Capricorn Books. Baillargeon, J., Hoge, S.K., & Penn, J.V. (2010). Addressing the challenge of community re-entry among released inmates with serious mental illness. Am. J. Community Psychol., 46, 361-375.
    2. Fossati, A., Barratt, E.S., Borroni, S., Villa, D., Grazioli, F., & Maffe, C. (2007). Impulsivity, aggressiveness, and DSM-IV personality disorders. Psychiatry Research, 149, 157–167.
    3. Gay, L.R. (1992). Educational Research: Competencies for Analysis and Application (4th ed.). New York, NY: Merrill/Macmillan Gottfredson, M. R., & Hirschi, T. (2017). Self-control and opportunity. In Control theories of crime and delinquency. Routledge.
    4. Griffiths, A., Wicks, A., Zmudzki, F., & Bates, S. (2006). Evaluation of extended throughcare pilot program: Evaluation plan. Social Policy Research Centre. University of New South Wales. Sydney.
    5. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan. (2020). Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019: Penyakit tidak berjangkit, permintaan jagaan kesihatan dan literasi kesihatan. Institut Kesihatan Umum, Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia.
    6. Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
    7. Malik-Kane, K., & Visher, C.A. (2008). Health and prisoner re-entry: How physical, mental, and substance abuse conditions shape the process of reintegration. Justice Policy Center. Urban Institute. Washington DC.
    8. McMillan, J.H., & Schumacher, S.S. (1997). Research in education: A conceptual introduction. Longman, New York.
    9. Mohammad Rahim, K., Nadiah Syariani, M.S., & Geshina Ayu, M.S. (2013). A validity study of Malay translated Zuckerman-Kuhlman Personality Questionnaire Cross-Cultural 50 items (ZKPQ-50-CC). Health and the Environment Journal, 4(2): 37-52.
    10. Mohd Alif, J., Noralina, O., Siti Hajar, A. B. A., & Norruzeyati, C. M. N. (2021). Makna dalam kehidupan dan makna Jalan Chow Kit berdasarkan teori interaksi simbolik: Kajian ke atas gelandangan bekas banduan. Journal of Social Sciences and Humanities, 18(8), 82-106.
    11. Mohd Suhaimi, M., Nasrudin, S., Fauziah, I., Salina, N., Norulhuda, S., Ezarina, Z., Khadijah, A., & Suzana, M.H. (2021). The Influence of peer pressure on male prisoners’ involvement in street crime. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(6), 1076–1086.
    12. Mohd Suhaimi, M., & Mohd Haazik, M. (2018). Jenis personaliti dan tahap kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa di institusi pengajian tinggi. Jurnal Personalia Pelajar, 23(1): 7-17.
    13. Morgan, R.D., Flora, D.B., Kroner, D.G., Mills, J.F., Varghese, F., & Steffan, J.S. (2012). Treating offenders with mental illness: A research synthesis. Law Hum. Behav., 36(1), 37–50.
    14. Pękala, K., Kacprzak, A., Pękala-Wojciechowska, A., Chomczyński, P., Olszewski, M., & Marczak, M. (2021). Risk factors of early adolescence in the criminal career of Polish offenders in the light of life course theory. International Journal of Environmental Research and Public Health, 18(12), 6583.
    15. Psychology Foundation of Australia. (2011). Depression Anxiety Stress Scale - DASS. Retrieved from http://www2.psy.unsw.edu.au/groups/dass//.
    16. Ramli, M., Ariff, M.F., & Zaini, Z. (2007). Translation, validation and psychometric properties of Bahasa Malaysia version of the Depression Anxiety and Stress Scales (DASS). ASEAN Journal of Psychiatry, 8(2), 82-89.
    17. Tharshini, N. K., Fauziah, I., Mohd Suhaimi, M., & Ezarina, Z. (2021). Pengaruh faktor konsep kendiri, kesedaran komuniti dan sokongan sosial terhadap pengintegrasian sosial bagi pesalah muda di Malaysia. Kajian Malaysia, 39(1), 117-140.
    18. Wan Shahrazad, W. S., Mohammad Rahim, K., Ezarina, Z., Fauziah, I., Nazirah, H., Salina, N., Jamiah, M., Zainah, A. Z., & Fatimah, F. (2021). Sokongan sosial dan kesihatan mental dan pengaruhnya terhadap kerentanan penglibatan penagih dadah serta pelencongan sosial dalam kalangan remaja. Journal of Social Sciences and Humanities, 18(5), 244-259.
    19. Williamson, M. (2006). Improving the health and social outcomes of people recently released from prisons in the UK: A perspective from primary care. London. The Sainsbury Centre for Mental Health.
    20. Zuckerman, M., Kuhlman, D.M., Teta, P., Joireman, J., & Kraft, M. (1993). A comparison of three structural models of personality: The big three, the big five, and the alternative five. Journal of Personality and Social Psychology, 65, 757–768