Krisis Air Di Kuwait Dan Kesan Terhadap Keselamatan Insan
List of Authors
Muhammad Haziq Azwan, Noraini Zulkifli
Keyword
Gurun, Krisis Air, Kuwait, Keselamatan Insan, Proses Penyahgaraman
Abstract
Krisis air di Kuwait telah menunjukkan trend yang makin meningkat sejak tahun 2014 sehingga tahun 2023. Kajian ini dijalankan bagi mencari solusi terbaik bagi menangani krisis air yang berlaku di Kuwait kerana ia juga boleh memberikan ancaman terhadap keselamatan insan. Kaedah kualitatif telah digunakan sepenuhnya dalam kajian ini iaitu kaedah data sekunder. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu 1) Apakah faktor berlakunya krisis air di Kuwait, 2) Apakah kesan krisis air di Kuwait terhadap keselamatan insan, 3) Apakah langkah yang boleh diambil oleh kerajaan Kuwait serta organisasi antarabangsa. Konsep Keselamatan Insan digunakan bagi menerangkan fenomena yang dikaji. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa faktor berlakunya krisis air di Kuwait.1) Faktor utamanya ialah geografi negara Kuwait. Hal ini kerana geografi negara Kuwait adalah bertanah gersang dan bergurun pasir. Kajian ini juga mendapati terdapat beberapa kesan krisis air di Kuwait terhadap keselamatan insan.2) Kesan yang paling utama ialah peningkatan terhadap risiko masalah kesihatan. Hal ini kerana ketika krisis air rakyat di Kuwait terpaksa mendapatkan akses air dari sumber air yang kotor bagi memenuhi keperluan harian mereka. Dapatan kajian ini juga turut mendapati beberapa langkah yang boleh diambil oleh kerajaan Kuwait serta organisasi antarabangsa bagi menangani krisis air yang berlaku di Kuwait.3) Langkah utama yang boleh diambil ialah pembangunan loji penyahgaraman.Dengan membangunkan loji penyahgaraman ia dapat menambah sumber air bersih yang terdapat di Kuwait. Hal ini kerana proses penyahgaraman tersebut dapat mengurangkan kepekatan garam yang terdapat dalam air laut mereka supaya ia dapat digunakan bagi keperluan harian masyarakat di sana.