Amalan Kepimpinan Transformasional Guru Besar Dan Kepuasan Kerja Guru SJKT Melaka Tengah
List of Authors
  • Mohamed Yusoff Mohd Nor, T. Latha Thiyagaraja

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kepimpinan transformasional merupakan corak kepimpinan yang akan melonjakkan kecemerlangan sekolah serta meningkatkan kepuasan bekerja dalam kalangan guru. Objektif kajian ini adalah menentukan  tahap amalan kepimpinan transformasional guru besar (PGB)  SJKT Melaka Tengah;   mengenal pasti tahap kepuasan bekerja;  menentukan hubungan kepimpinan transformasional dan kepuasan kerja guru serta mengenal pasti aspek kepimpinan transformasional yang mempunyai impak paling signifikan  ke atas kepuasan kerja guru SJKT Melaka Tengah.  Kajian kuantitatif ini mengaplikasikan reka bentuk kajian tinjauan dan data dikutip melalui borang soal selidik Google Form. Perisian SPSS V26  telah digunakan untuk menjalankan analisis deskriptif  dan analisis inferensi. Populasi kajian adalah guru-guru  SJKT Melaka Tengah.  50 orang guru dari 3 buah SJKT di daerah Melaka Tengah telah terpilih sebagai sampel. Kajian ini mendapati yang tahap kepimpinan transformasional guru besar berada  di tahap yang sangat tinggi. Selain itu, guru menunjukkan  kepuasan kerja yang tinggi dan terdapat hubungan signifikan yang kukuh antara kepimpinan transformasional PGB dan kepuasan kerja guru SKJT Melaka Tengah. Selain itu,  terdapat hubungan signifikan dan kukuh antara kedua-dua aspek ini. Kajian ini juga mendapati yang pertimbangan individu mempunyai impak paling signifikan ke atas kepuasan bekerja guru. Implikasi kajian ini kepada  PGB,   pegawai JPN ,PPD  dan KPM adalah ia membantu mereka mengenal pasti  amalan kepimpinan transformasional PGB. Ini membolehkan PGB mengambil langkah sewajarnya bagi memperbaiki amalan kepimpinan transformasional mereka bagi menjamin kepuasan bekerja guru. Kajian ini mencadangkan penggabungan reka bentuk kajian kuantitatif dan kualitatif bagi kajian akan datang  dan  memperluaskan lokasi kajian yang  ke daerah lain selain Melaka Tengah.


Reference
  • No Data Recorded