“Bantulah kami untuk rasa selamat”: Cabaran mahasiswa OKU di universiti awam
List of Authors
  • Nurul Izzah Mohd Khir , Siti Marziah Zakaria

Keyword
  • Mahasiswa, OKU, cabaran, kesejahteraan

Abstract
  • Tidak dapat dinafikan, kehidupan individu OKU yang menggalas tanggungjawab sebagai pelajar mempunyai banyak cabaran berbanding dengan pelajar normal yang lain. Ramai pelajar OKU tidak meneruskan pendidikan di tahap yang lebih tinggi disebabkan faktor halangan persekitaran di mana kurang fasiliti yang kondusif untuk memudahkan pergerakan mereka dan sikap negatif yang ditunjukkan oleh orang sekeliling. Kajian kualitatif ini menggunakan teknik temu bual mendalam ke atas tujuh (7) orang responden bagi meneroka cabaran mereka sebagai mahasiswa OKU dalam mencapai kesejahteraan di kampus. Temu bual dijalankan dengan menggunakan pendekatan fenomenologi bagi memahami pengalaman hidup responden. Responden yang ditemubual dipilih berdasarkan kriteria-kriteria khusus yang telah ditetapkan iaitu mahasiswa universiti awam, memiliki kurang upaya fizikal atau penglihatan, berumur 18-40 tahun dan merupakan pemegang aktif kad Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Data dirakam sebelum dipindahkan ke dalam bentuk teks secara verbatim. Data yang diperolehi semasa proses temu bual dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat tiga (3) tema utama cabaran mahasiswa OKU dalam mencapai kesejahteraan iaitu: persekitaran tidak mesra OKU, masalah kesihatan dan kurang sokongan sosial. Tema ini telah disahkan secara semakan pakar (peer review) dalam bidang kualitatif. Cabaran-cabaran ini telah menjadi penghalang bagi mereka untuk mencapai kesejahteraan semasa berada di alam kampus. Mahasiswa OKU mengakui mempunyai pelbagai keterbatasan namun mereka berjuang untuk menyempurnakan pengajian mereka sebaik mungkin. Pihak pengurusan dan pentadbir perlu lebih prihatin kepada isu-isu yang dihadapi oleh mahasiswa OKU dan memastikan Dasar Inklusif OKU dipraktiskan di semua peringkat.

Reference
  • 1. Aizan Sofia, A., Fauziah, I., Noordeyana, T., Jamiah, M. & Norulhuda, S. (2018). Halangan kepada pendidikan dan latihan bagi wanita kurang upaya fizikal di Malaysia. E-Bangi Journal 12(3), 1–11.
    2. Braun, V. & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology 3(2), 77-101.
    3. Butler, M., Holloway, L., Marriott, K. & Goncu, C. (2017). Understanding the graphical challenges faced by vision-impaired students in Australian universities. Higher Education Research and Development 36(1), 59–72.
    4. Clouder, L., Adefila, A., Jackson, C., Opie, J. & Odedra, S. (2016). The discourse of disability in higher education: insights from a health and social care perspective. International Journal of Educational Research 79, 10-20.
    5. Firat, T. (2021). Experiences of students with visual impairments in higher education: barriers and facilitators. British Journal of Special Education 48(3), 301–322.
    6. Francis, G. L., Duke, J. M., Fujita, M. & Sutton, J. C. (2019). “It’s a constant fight:” experiences of college students with disabilities. Journal of Postsecondary Education and Disability 32(3), 247–262.
    7. Grimes, S., Southgate, E., Scevak, J. & Buchanan, R. (2019). University student perspectives on institutional non-disclosure of disability and learning challenges: reasons for staying invisible. International Journal of Inclusive Education 23(6), 639–655.
    8. Haegele, J. A. & Zhu, X. (2017). Experiences of individuals with visual impairments in integrated physical education: a retrospective study. Research Quarterly for Exercise and Sport 88(4), 425–435.
    9. Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2021). Orang kurang upaya. http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/submenu&id=QWFkTUtUU2s0T0tKWDhUcHd3YmdVZz09 [15 August 2021].
    10. Lopez-Gavira, R., Moriña, A., & Morgado, B. (2021). Challenges to inclusive education at the university: the perspective of students and disability support service staff. Innovation: The European Journal of Social Sciences 34(3), 292–304.
    11. Lourens, H. & Swartz, L. (2016). ‘It’s better if someone can see me for who I am’: stories of (in)visibility for students with a visual impairment within South African Universities. Disability and Society 31(2), 210–222.
    12. Moriña, A., Cortés-Vega, M. D. & Molina, V. M. (2015). Faculty training: an unavoidable requirement for approaching more inclusive university classrooms. Teaching in Higher Education 20(8), 795–806.
    13. Muhamad Nadhir, A. N., & Alfa Nur Aini. E. E. (2016). Special education for children with disabilities in Malaysia: Progress and obstacles. Malaysian Journal of Society and Space 12(10), 78-87.
    14. Shevlin, M., Kenny, M. & Mcneela, E. (2004). Participation in higher education for students with disabilities: an Irish perspective. Disability and Society 19(1), 15–30.
    15. Strnadová, I., Hájková, V. & Květoňová, L. (2015). Voices of university students with disabilities: inclusive education on the tertiary level - a reality or a distant dream? International Journal of Inclusive Education 19(10), 1080–1095.
    16. Thomas, G. (2017). How to Do your Research Project: a Guide for Students. Edisi ke-3. United Kingdom: SAGE Publications.
    17. Tshuma, C., Ntombela, N. & Mabvurira, V. (2021). Challenges and coping strategies of visually impaired adults in Zeerust, South Africa. E-Bangi Journal 18(5), 53-65.
    18. Ule, M. (2017). Identity challenges and social experiences of higher education students with disabilities in Slovenia. Disability and Society 32(10), 1592-1607.
    19. UNICEF. (2021). The World’s Nearly 240 million Children Living with Disabilities are Being Denied Basic Rights. http://www.unicef.org/kosovoprogramme/press-releases/worlds-nearly-240-million-children-living-disabilities-are-being-denied-basic-rights. [15 November 2021].
    20. World Health Organization. (2011). World Report on Disability 2011. https://www.who.int/publications/i/item/9789241564182. [20 August 2021].
    21. World Health Organization. (2014). Disabilities and Rehabilitation. http://www.who.int/westernpacific/about/how-we-work/programmes/disabilities and-rehabilitation [20 August 2021]