Impak Pembelajaran berasaskan Inkuiri terhadap Pencapaian Pelajar dalam Pembelajaran Matematik
List of Authors
  • Kyirrtana Rakavan, Siti Mistima Maat

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Pembelajaran berasaskan inkuiri ialah kaedah di mana pelajar meneroka maklumat sedia ada untuk meningkatkan pemahaman mereka sendiri. Dengan menggunakan kaedah ini, pelajar digalakkan untuk berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif, serta menjadi lebih berpusatkan murid. Kajian terdahulu mendapati bahawa majoriti guru masih menggunakan kaedah tradisional. Oleh itu, tujuan kajian literatur bersistematik ini adalah untuk mengumpulkan trend kesan pembelajaran berasaskan inkuiri terhadap pencapaian matematik pelajar sepanjang tempoh 2019 hingga April 2023. Dengan menggunakan pangkalan data SCOPUS dan WOS, 17 artikel yang berkaitan dengan pembelajaran berasaskan inkuiri telah dipilih. Model PRISMA digunakan dalam proses mencari bahan literatur. Hasil analisis menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan inkuiri mempunyai kesan positif terhadap prestasi matematik pelajar.


Reference
  • No Data Recorded