Tahap Kesediaan Dan Sikap Guru Terhadap Perubahan Yang Berlaku Dalam Sistem Pendidikan: Kajian Sistematik Terhadap Artikel-Artkel Yang Terpilih
List of Authors
  • Khairul Azhar Jamaludin

Keyword
  • No Data Recorded

Abstract
  • Kesediaan dan sikap guru terhadap peredaran baru amat signifikan dalam menujukan kejayaan sesuatu pembaharuan atau reformasi dalam bidang pendidikan. Kertas sistematik ini menganalisis sebanyak sepuluh artikel kajian lepas mengenai tahap dan sikap guru terhadap perubahan sistem pendidikan. Berdasarkan kesemua artikel yang terpilih, kandungan dan konteks setiap kajian dianalisis secara kritis. Perbincangan kajian ini terbahagi kepada lima sub bahagian; rekabentuk penyelidikan, kaedah pengumpulan data, pemilihan sampel, fokus atau isu kajian serta persamaan dan perbezaan antara kajian-kajian yang terpilih. Berdasarkan dapatan dripada kajian-kajian yang dipilih, fokus atau isu kajian yang sering dibincang adalah persepsi/sikap guru-guru terhadap sesuatu sistem perubahan dalam bidang pendidikan dari segi kognitif, afektif dan tingkah laku guru-guru. Antara faktor yang mempengaruhi tahap kesediaan seseorang guru adalah pengetahuan tentang sistem baru yang diperkenalkan, kelayakan akademi (Sijil, Diploma, Ijazah), pengalaman mengajar, kemahiran pengurusan bilik darjah dan pedagogi, latar belakang murid dari aspek pengetahuan, motivasi dan gaya pembelajaran murid yang berbeza, motivasi dan persepsi guru, kemahiran pengintegrasian teknologi dan juga pengaruh iklim organisasi/sekolah. Kesemua faktor tersebut telah dihuraikan secara mendalam dalam kajian-kajian yang terpilih. Terdapat juga penemuan yang mengagumkan seperti fokus atau isu kajian yang dibincangan serta persamaan dan perbezaan antara setiap artikel yang terpilih. Kertas kajian sistematik ini membantu pembaca mengenali dan memahami kajian-kajian lepas mengenai tahap dan sikap guru terhadap perubahan sistem pendidikan.


Reference
  • No Data Recorded