Faktor yang mempengaruhi gaya hidup sihat remaja generasi Z di Malaysia
List of Authors
  • Jamiah Manap , Nor Jana Saim

Keyword
  • Gaya hidup sihat, generasi z, remaja, pendidikan kesihatan, keibubapaan

Abstract
  • Gaya hidup sihat menyumbang kepada kesihatan dan kualiti hidup remaja. Remaja merupakan fasa kemuncak kekuatan fizikal manusia. Hal ini mengakibatkan sebahagian remaja tidak peka terhadap kesihatan diri mereka terutamanya dalam aspek gaya hidup sihat. Sehubungan itu, kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kajian kuantitatif untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada amalan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja Generasi Z di Malaysia. Responden terdiri daripada 960 orang remaja yang berusia di antara 13-21 tahun. Analisis korelasi dan regrasi pelbagai digunakan untuk mengenalpasti hubungan di antara gaya hidup sihat dengan faktor demografi, literasi kesihatan dan kekerapan menggunakan media. Kajian mendapati, terdapat hubungan yang signifikan antara gaya hidup sihat remaja Generasi Z dengan umur bapa, tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, tahap literasi kesihatan, kekerapan membaca akhbar, kekerapan pembacaan buku ilmiah dan penggunaan internet. Dalam pada itu, terdapat dua faktor utama yang menyumbang secara positif terhadap gaya hidup sihat remaja iaitu literasi kesihatan dan tahap pendidikan bapa. Sehubungan itu, kempen literasi kesihatan dan promosi gaya sihat melalui pelbagai program dan media sewajarnya dipergiatkan untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja. Kajan ini memberi implikasi terhadap situasi amalan gaya hidup sihat dalam kalangan remaja bagi pembentukan program kesihatan komuniti.

Reference
  • 1. Ab Halim Tamuri, Zuria Mahmud, & Safani Bari (2005). Permasalahan pelajar-pelajar fakir miskin di daerah Sabak Bernam. Jurnal Pendidikan Malaysia 30(2005): 21-33.
    2. Cabassa, L. J., Stefancic, A., O’Hara, K., El-Bassel, N., Lewis-Fernández, R., Luchsinger, J. A., & Gates, A. (2015). Peer-led healthy lifestyle program in supportive housing: study protocol for a randomized controlled trial. Trials, 16(1): 388.
    3. Garcia-Hermoso, A., Vegas-Heredia, E. D., Fernández-Vergara, O., Ceballos-Ceballos, R., Andrade-Schnettler, Arellano-Ruiz, P., & Ramírez-Vélez, R. (2019). Independent and combined effects of handgrip strength and adherence to a Mediterranean diet on blood pressure in Chilean children, Nutrition, 60: 170-174.
    4. Jamiah Manap, Mohammad Rezal Hamzah, Nurul Nabila Mohd Izani, & Nor Jana Saim. (2015), November 25). The definition of Z Generation: A systematic review (Pembentangan Seminar). Simposium Kebudayaan dan Kerjasama Indonesia-Malaysia, Putrajaya, Malaysia.
    5. Hardman, R. J., Greg, K., Helen, M., Andrew, B. S., & Andrew, P. (2015). A randomised controlled trial investigating the effects of Mediterranean diet and aerobic exercise on cognition in cognitively healthy older people living independently within aged care facilities: the Lifestyle Intervention in Independent Living Aged Care (LIILAC) study protocol, Nutrition Journal, 14(1): 1.
    6. King, D. E., Arch, G. M., Mark, C., & Charles J. E. (2009). Adherence to healthy lifestyle habits in US adults, 1988-2006. The American Journal of Medicine, 122(6): 528-534.
    7. Klein, E., & Aleksandra, H. (2015). Collaboration between special and physical education: The benefits of a healthy lifestyle for all students. Teaching Exceptional Children, 47(3): 163.
    8. Kudo, N., Hirohide, Y., Hiroshi, F., Hironobu, S., Yuichi, M., Teruhiko, H., & Hiroshi, I. (2015). Achievement of target blood pressure levels among Japanese workers with hypertension and healthy lifestyle characteristics associated with therapeutic failure. PloS One, 10(7).
    9. Kurth, T., Steven C. M., Gaziano, M. J., Carlos, S. K., Meir, J. S., Klaus, B., & Julie, E. (2006). Healthy lifestyle and the risk of stroke in women. Archives of Internal Medicine, 166(13): 1403-1409.
    10. Ling, J., Kristi, M. K., Barbara J. S., Seongho, K., & Dongfeng, W. (2014). Preliminary assessment of a school‐based healthy lifestyle intervention among rural elementary school children. Journal of School Health. 84(4): 247-255.
    11. Nakano, T., Kasuga, K., Murase, T., & Kazuhiro, S. (2013). Changes in healthy childhood lifestyle behaviors in Japanese rural areas. Journal of School Health, 83(4): 231-238.
    12. Norkhalid Salimin, Gunathevan Elumalai, Mohd Izwan Shahril, & Gobinath Subramaniam. (2015). The effectiveness of 8 weeks physical activity program among obese students. Procedia-Social and Behavioral Sciences 195: 1246-1254.
    13. Musfirah Syahida Mohamad, Saadan Man, & Mohd Anuar Ramli. (2015). Keselamatan makanan menurut perspektif Islam: kajian terhadap pengambilan makanan berisiko, Jurnal Fiqh 12 (2015): 1-28.
    14. Reeves, M. J., & Ann, P. R. (2000). Healthy lifestyle characteristics among adults in the United States 2000. Archives of Internal Medicine 165(8): 854-857.
    15. Rabeta Mohd, Salleh, Suzana Shahar, Fatimah Arshad, Ahmad Rohi Ghazali, Normah Haron, & Nor Fadilah Rajab. (2007). Abdominal obesity increased breast cancer risk. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 5 (2): 17-28.
    16. Smith, P. J., Blumenthal, J. A., Hoffman, Cooper, B. M., Cooper, H., Strauman, T. A., Welsh-bohmer, K., Jeffrey, N. B., & Sherwood, A. (2010). Aerobic exercise and neurocognitive performance: a meta-analytic review of randomized controlled trials. Psychosom Med. 72(3):239-52.
    17. Wadolowska, L., Hamulka, J., Kowalkowska, J., Ulewicz, N., Hoffmann, M., Gornicka, M., Bronkowska, M., Leszczynska, T., Glibowski, P., Korzeniowska-Ginter, R. (2019). Changes in sedentary and active lifestyle, diet quality and body composition nine months after an education program in Polish Students aged 11–12 years: report from the ABC of Healthy Eating Study. Nutrients, 11(2): 331